Hari Minggu Hari Cuti

1st post nih. Gua nak gebang pasal hari cuti gua. Hari ni gua bangun lewat lagi. Bangun je muka berminyak. Sangat-sangat tidak menyenangkan. Gua ambik towel kecik yang selalu gua kepit celah ketiak, gua lap muka. Perghh.. Satu tindakan yang kurang bernas kalau nak difikirkan secara logik akal.

Tiba-tiba gua rasa seperti diikat macam mangsa culik untuk ditukarkan dengan wang sebanyak RM2.5 juta bayar cash. Wayar headphone berbelit kat badan. Cilake! Hampir 20 minit jugak la gua nak lepaskan diri dari ikatan wayar headphone. Wayar dia panjang sangat sebab gua dah modified bagi memudahkan gua dengar lagu. Biasa gua cucuk headphone kat laptop pastu gua tarik secukup rasa wayar headphone tu lepak dalam tandas sambil berusaha keluarkan bahan buangan. Biasa gua layan Nirvana je, lagu Smells Like Teen Spirit sebab nak sesuaikan dengan keadaan time tu kan. Macam gampang!

Lepas ni gua nak gi mandi dan basuh boxer. Boxer gua dah 3 hari berendam kat dalam baldi. Entah macam mana la keadaan beliau. Nasib baik setakat ni masih belum berbau 1 rumah. Sebelum gua bersantai dengan keadaan tak berboxer, gua rasa baik gua rajinkan diri pegi basuh boxer-boxer gua tu. Mungkin beliau rindukan gua sebab gua dah terabaikan beliau.

#Update:
BOXER GUA DAH BERULAT! CILAKE! Kena beli baru nampak gayanye ni..

6 Komentar untuk "Hari Minggu Hari Cuti"

Lu memang pengotor.. boxer rendam sampai berulat.. gampang!

@Anarm: lu dengki kan? gua tau gua hensem, xyah la bgtau byk kali..

giler cool.. aku nak boxer ko satu .. boleh..???

@katak, memang cool. tp budak2 lain x paham seni gua. haha..

gua beli boxer kt mydin je. 1 doblas ingget. kalau lu nak, gua bleh belikan. mintak id dengan password online banking. lu pkai maybank ke cimbclicks? ke pkai BSN?

aku salah masuk blog ke?? very the euw~ la ko!!

@army4war: kenape euw~? lu cakap gua pengotor gak ke? gua pon rasa macam tu. baru hari ni sedar. isk isk..

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info