Nama disenaraihitamkan

Minggu lepas tengah gua syok layan movie kat PC boss gua, tiba-tiba dapat 1 panggilan misteri. Gua dah seram sebab kat henpon gua tak keluar nama orang yang call tu. Gua ingat malas nak jawab sebab gua memang takkan jawab call dari orang tanpa nama. Tambah-tambah jenis nama yang keluar 'Anonymous'. Anonymous tu binti ke bin? Atau 'anak kepada'? Bodo..

Gua boleh tak sedar dah tertekan butang hijau kat henpon canggih gua - Motorola L6. Kira canggih giler dah henpon L6 ni sebab boleh amik gambor. Tapi gambar pecah-pecah. Err... Kira ok la tu, ade jugak gambor yang keluar. Gua dengar ada suara awek kat dalam opis. Gua dah makin takut. Dah la terima call dari makhluk tanpa nama, pastu dengar suara awek pulak. Gua fikir 1 je, nak lari gi kedai mamak layan movie. Biasa kedai mamak tu pasang movie best-best. CD cetak rompak tapi gambar clear. Mana entah mamak tu beli.

Suara awek tu gua dengar dalam poket kiri seluar slack gua. Baru perasan gua dah teraktifkan panggilan hangit misteri tadi. Nak taknak terpaksa jawab.
Gua:
Hello. Sape sane cakap?

Awek:
Hello.. Boleh saya bercakap dengan encik XXXXX bin XXXXXX?

Gua:
Ye saya yang bercakap. Ada ape tengah-tengah hari call tanpa izin ni?

Awek:
Maaf mengganggu. Saya dari XXXXOX, nak bagitau encik ada tunggakan sebanyak RM248 juta yang masih belom dibayar.

Gua:
Hah! Hutang hape banyak cenggitu? RM248 saya dah boleh beli boxer 10 pasang pastu duit lebih tu boleh buat lepak-lepak kat mekdonel.

Awek:
Hehe.. Ok. Encik ada register nombor 01X-6XXXXXX atas nama XXXXX bin XXXXXX, nombor kad pengenalan 8XXXXX-XX-XXXX dan menurut sistem kami, ada tunggakan sebanyak RM248 yang masih belum dibayar.

Gua:
Yang tu betol nama dan nombor IC saya. Tapi seingat saya, takde pulak saya daftar nombor tu dan tak pernah pon pkai nombor tak cantik macam tu.

Awek:
Yeke? Kalau macam tu, saya mintak encik pergi kat mana-mana cawangan XXXXOX, check dengan diorang. Sebab kalau encik tak setelkan secepat mungkin, nama encik akan boleh blacklist! Ok, terima kasih encik.

Gua:
Ooo......k

nama blacklist


Lepas tu gua sambung layan movie 2012. Best giler efek-efek omputih ni buat. Dah 4 kali gua layan cite tu. Gua torrent kat intenet je. Bila la agaknya mana-mana rakyat Malaysia yang boleh buat macam gitu. Agak-agak Yusuf Haslam boleh buat tak? Hmm.. Afdlin Shauki boleh buat kot..

6 Komentar untuk "Nama disenaraihitamkan"

CELCOM kan?? hahaha.. best lak aku main cam roda impian... banyak XXXXXX... aku boleh teka CELCOM je... dapat hadiah tak?? pape pun ko bayar dulu utang RM248 tu.. baru belikan hadiah aku.. tak de hal..

@army4war: lu memang bijak.. tapi mintak hadiah dgn gua tu satu tindakan yg kurang bijak. grrr.. hehe

weh.. tapi aku beli dulu bukan no tu.. slh ni..
eh eh.. tak tak. ehee..
tata..

@katak: lu beli nombor ape? nombor ekor? tak baek ooo..

try ar no plate aku tu.. untung2 leh terus kaya!! sejuk perut mak ko ngandungkan ko hahahaha!!

hahahha i ade hutang 300 lagi ngan XMXXXXX. agak2 dapat kol x? hajahaha

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info