Azam Tahun Dua Ribu Sepuluh

Gua tengok kat blog-blog lain banyak yang tulis "Selamat Tahun Baru", "Selamat Datang 2010", "Bye Bye 2009". Gua rasa nak buat jugak la tapi taknak ucap benda-benda camtu sebab gua bengang. New year hari tu gua terpaksa kerja sampai pukul 3 pagi. Melepas nak tengok bunga api meletop-letop. Tapi nak buat camane kan, dah tanggungjawab, terpaksa la buat jugak kerja tu. Lagipon, GUA DAPAT BONUS 2 BULAN. Hahaha.. Sekarang gua dah kaya. Ada tak mana-mana awek yang nak gua masuk minang?

Tahun 2010 ni, teringat pulak kat cerita "2012". Lagi 2 tahun!! Betul ke tak betul ke, wallahualam.. Tingkatkan amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Ni salah satu azam gua untuk tahun 2010 ni. Azam-azam lain masih lagi sama, bawa ke hadapan azam-azam tahun lepas yang tak sempat setel lagi. Ada jugak orang yang tanam azam baru padahal azam tahun-tahun lepas tak setel lagi. Macam gampang!

2010 ni jugak gua nekad nak buat bisnes sikit-sikit. Tapi tak tau lagi bisnes apa. Mungkin..... Biar la masa yang tentukan.

*Gua dah blur nak tulis apa. Kepala biol sebab tak cukup tido. Kejap lagi dah nak kena gerak pergi kerja. Kenapa manusia perlu bekerja? Kenapa tak boleh duduk diam-diam kat rumah? Sape boleh explain kat gua? Kenapa? Kenapa?

2 Komentar untuk "Azam Tahun Dua Ribu Sepuluh"

hehe.. boleh je dok diam2 kat umah.. tapi makan pasir ngan minom air sungai gombak ar jwb nye.. kekekeke..

boleh la lu dok rumah..
ni skng gua kat umah ape.. tak gua tak dok diam.. kene gerak gerak gak nih. nak terberak ape sume.. klu ade botol ke plastik, buleh gua diam diam..

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info