Orang yang suka menyibuk

Huarrrrghhhh.. Menguap dengan penuh kegersangan dek kerana sibuk yang tahap melampau. Baru kali ni gua ada masa free sikit. Nanti nak kena menyibuk balik. Ishh.. Nasib badan. Kerja bertimbun-timbun. Mengeluh banyak pon tak guna, rezeki gua kat situ jugak. "Tak baik mengeluh depan rezeki," mak gua berkata dengan penuh kasih sayang. Gua jeling mak gua dengan mata stim baru bangun tidur terus bedal nasik 4 pinggan.

Sambil-sambil sapu sawang sempat lagi gua update blog. Hebat tak? Tangan gua ada 8. Gua pinjam tangan sotong yang Doktor Octopus punya dalam cite Spiderman tu. Ni tengah dok sedut cerita Adnan Sempit pulak. DVDRip tuu.. Tapi sound tak tau sedap ke tak. Agak-agak boleh retak cermin rumah gua, kira sedap la tu sound dia. Korang dah tengok Adnan Sempit? Kalau blom, buzz gua kat shoutbox nanti gua passing link download. Sila buzz dengan kata kunci "Plis plis plis, kamu jangan nakal".. Takleh blah.. Member gua setiap 5 minit sekali pasang lagu tu kat henpon dia. Gua rasa nak cabut-cabut je keypad henpon dia biar tak boleh tekan play lagu tu.

Adnan Sempit

Lama sangat menyibuk sampai gua dah buntu, dah ketandusan 'air dia' (idea) nak tulis apa. Gua lepak makan Super Ring sambil tunggu Adnan Sempit siap download. Sedap betol cikedis Super Ring ni. Teringat zaman budak-budak dulu, main tikam pastu menang Super Ring. Gelap perut makan hasil judi...

3 Komentar untuk "Orang yang suka menyibuk"

hehe. awak punya tulisan lawaklah.
anyway, saya nak mintak link download adnan sempit leh?

lawak ke? hehe..
ni link download adnan sempit.. http://goo.gl/4Fpq

terima kasih sbb melawat blog ni..

cite ni best! aku ske cite tu...susah utk aku ske cite melayu..hahah

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info