Nak duit raya?


Siapa nak duit raya, angkat tangan!!

Untuk pengetahuan semua, seorang blogger yang kacak lagi tampan yang diberi nama JerungPerkasa telah menganjurkan satu 'contest' atau dalam bahasa melayu dipanggil pertandingan sempena bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi (tak sabar-sabar nak raya). Hadiah yang ditawarkan boleh tahan lumayan jugak; berbentuk DUIT RAYA laa, apa lagi kan..

Hadiah:
RM 30 untuk setiap minggu dan setiap minggu ada 3 pemenang (RM10 seorang)

Pertandingan ni berlangsung bermula dari 16 Ogos hingga 4 September 2010. Apa yang korang perlu buat adalah tweet ayat di bawah ni kat Twitter.
Weh, nak duit raya? Ada orang nak bagi duit raya disini http://wp.me/pt8Qw-r5 #duitraya

Syarat penyertaan contest ni, korang cuma perlu tweet je ayat tadi tu tanpa meninggalkan sebarang perkataan yang ada, huruf dan sebagainya. Ini bermakna korang kena la ada akaun Twitter! Kalau takde Twitter macam mana nak tweet kan? Bagi yang masih belum mempunyai akaun Twitter, buat la satu akaun ke dua ke tiga ke untuk melayakkan korang menyertai contest ni.

Untuk pengetahuan korang, encik JerungPerkasa ni terkenal dengan gelaran Raja Contest. Dah lama menyepi dan sekarang ni dia muncul balik dengan contest berhadiahkan DUIT. Mungkin lepas-lepas ni akan ada lagi contest menarik yang dia akan buat. Wow!!

Untuk maklumat lanjut tentang contest ni, boleh layari blog beliau di http://jerungperkasa.com


1 Komentar untuk "Nak duit raya?"

erti hidup pada memberi

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info