Selamat Hari Merdeka Ke-53 buat Malaysia

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun! Semua dapat cuti tak hari merdeka nanti? Ada yang kene paksa kerja tak? Huhu! Sian korang..

sambutan hari kemerdekaan yang ke 53 - 1malaysia menjana transformasi

Merdeka tahun ni bertema '1Malaysia Menjana Transformasi'. Seperti biasa, antara pengisian sambutan bulan kemerdekaan tahun ini ialah persembahan kebudayaan, pertunjukan daripada polis dan tentera, dan bunga api. Pertandingan mengibar Jalur Gemilang pon ada jugak sepanjang sambutan bulan kemerdekaan yang melibatkan sekolah, pemilik kedai dan pemilik bangunan. Semua program lebih kurang sama je tiap-tiap tahun. hehe..

Bulan merdeka ni yang paling best tengok iklan-iklan merdeka la, kan? Ni iklan terbaru daripada Petronas. Credit to JustKhai..


<!--d8c318c0d16a45d1960c04008346d3b2-->

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 untuk semua rakyat Malaysia..
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 1Malaysia!

7 Komentar untuk "Selamat Hari Merdeka Ke-53 buat Malaysia"

iklan merdeka kali nih ada isi tapi masih belum mampu melawan kreativiti Yasmin Ahmad
bagi aku lah
apa2pun selamat hari merdeka
hayatilah maksud kemerdekaan sebenarnya

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

hehe. selamat merdeka jugak :e

iklan dia ok la.. tapi tak de kick mcm idea Yasmin Ahmad.. mcm komen hans tue..

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53.. lmbt wish skit, xpe kan.. masih dlm bulan dan mood kemerdekaan.. :party

Selamat Merdeka dan Selamat Hari raya...

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info