Ruang storan Google dah penuh

"Orang buat blog, lu pon nak buat blog. Pastu lama tak update kan.. Dibiar bersawang. Apa ingat Google suka sangat nak simpan barang blog lu dalam server diorang? Dah la tulis merepek. Pulak tu update jarang sekali. Kene delete satgi baru la berbuih mulut gian tak dapat nak mentaip kat blog."

"Dulu bukan main lagi mintak tolong member setupkan blog pastu tak reti2 nak update entri. Tulis merepek pon merepek jela.. Blog lu, apa nak kisah. Asyik ikut ajaran jaga hati pelawat, bagi apa yang peminat nak baca.. Pelawat, tu diorang punya pasal nak baca ke tak. Lu sebagai penulis blog yang berkaliber kena la pandai bawa peranan. Manusia ni sampai bila2 pon takkan puas. Bagi betis nak peha. Dah bagi peha nak pulak kawasan yang kat bawah pusat tu kan. Asal lu puas hati sudah."

"Blog elok2 lagi tengah run sampai sekarang ni lu taknak pulak paksa diri tu jadi penagih blog a.k.a blogger tegang tegar. Haishh.. Paksa la sikit diri tu. Update blog! Sampai bila nak jadi lalang. Ditiup ke kiri, pergi kiri, ditiup ke kanan, terhuyung hayang macam orang mabuk. Jadilah angin yang jadi tukang tiup. Cool.."

(Marah gua kepada diri gua sendiri.)

1 Komentar untuk "Ruang storan Google dah penuh"

LOL.. marah diri sendiri rupanya.. pelik gak, ingatkan marah org.. siap ada inverted comma lagi tu.. HAHA.. blog jangan dipaksa, kena datang dari kerelaan hati sendiri.. kalau tak nanti, tak enjoy.. it'll be like a chore

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info