Email Gantikan Mesin Faks

Gua tak faham, kenapa jabatan kerajaan suka sangat guna mesin faks untuk hantar dokumen. Kenapa tak guna email je? Semua orang tahu mesin faks tu menggunakan kertas. Kertas dibuat daripada pokok. Kempen pelihara alam sekitar dicanang-canang tapi penggunaan mesin faks masih berleluasa. Kertas diperlukan untuk diguna pada mesin faks. Secara tak langsung, pokok-pokok akan menjadi mangsa kerakusan manusia, ditebang semata-mata untuk diproses jadikan kertas - untuk mesin faks.

Zaman sekarang, zaman teknologi, zaman IT, zaman internet, email dan sebagainya. Fungsi email pon ramai yang dah tau. Email mampu gantikan fungsi mesin faks dalam urusan menghantar dokumen. Keselamatan dokumen pon terjamin. Kalau guna mesin faks, kertas atau dokumen tu boleh tercicir, hilang, hanyut dek banjir, basah kena hujan, macam-macam. Dengan email, dokumen tetap ada dalam inbox. Kan selamat tu..

Kenapa perlu guna mesin faks lagi? Serius gua memang tak suka mesin faks. Tambah-tambah dia punya bunyi bila faks masuk. Bingit telinga gua!
 

0 Komentar untuk "Email Gantikan Mesin Faks"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info