Masalah tak boleh tidur malam

Gua ni tiap2 malam memang susah betul nak tidur. Kadang2 tak tidur langsung. Pagi2 dah gerak pergi kerja. Kat office, gua kadang2 boleh stay buat kerja sampai habis office hour. Kalau nasib tak berapa nak baik, gua akan terbongkang dalam beberapa jam lepas start waktu kerja sampai la abis waktu kerja. Takde sape nak marah pon tidur kat opis. Best tak kerja gua?

Malam2 gua selalu lepak kat kedai layan wifi, buat kerja, main facebook, twitter, update blog, minum air teh, cuci mata tengok awek cute. Dalam pukul 4 pagi lebih kurang baru gua balik rumah. Mata belum ngantuk lagi time tu. Balik rumah pon dok kelip2 mata dalam gelap. Kalau la macam ni tiap2 hari, tiap2 minggu, tiap2 tahun, boleh rosak sistem badan gua.

Ke sistem badan gua ni memang dah bermasaalah? Ni yang buat gua risau ni.
 

0 Komentar untuk "Masalah tak boleh tidur malam"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info