Pernah MAIN pon nak cerita kat blog

Siang tadi ada beberapa orang dok tweet pasal sorang blogger publish entri cerita dia pernah MAIN! Main apa, korang paham2 sendirilah. Gua ada jugak baca entri blogger tu tulis. Dia tulis pasal dia pernah MAIN, cerita pasal bohsia, maruah diri. Gua pon tak reti nak explain kat you all. (Tetibe cakap omputih pasal apa?)

Kalau korang nak tau, blogger tu rasanya baru berumur 14 tahun. Tapi dah pandai MAIN dah. Giler hebat! Gua dulu masa umur 14 tahun binatang apa MAIN tu pon gua tak tau. Bukan tak tau langsung. Sikit2 tu tau la. KihKihKih.. Tapi tak pernah pun rasa nak MAIN. Main bola kat padang dengan member2 lagi syok.

Lepas habis main bola, lepak kedai Kak Senah janda anak 1 pekene air sirap limau. Kedai tu tiap2 petang sampai malam memang penuh je gua tengok. Gua pelik jugak mula2 tu. Tapi lepas gua buat kaji selidik, rupanya kedai dia ada tarikan istimewa. Kalau geng2 orang tua tu mungkin tertarik sebab ada Kak Senah. Kalau geng yang baya2 gua pulak, tarikan dia sebab anak dara Kak Senah tu. Lawa beb! Sopan santun pulak tu gua cakap lu. Nama dia, gua tak tau sebab tak sempat gua nak tanya, gua dah kena pergi study kat kolej. Dalam masa gua study kat kolej tu, mak bapak gua pulak pindah rumah. Balik cuti sem, melepak kat rumah mak bapak gua jela macam anak dara. Dah tak boleh lepak2 kedai Kak Senah.

Harap2 anak dara Kak Senah tu takde la buat perangai nak MAIN2. Kalau nak MAIN pun tunggu kawin dulu. Ni tak.. Belajar pon tak habih lagi dah pandai nak MAIN2. Gua kasi pelempang kang baru tau.

0 Komentar untuk "Pernah MAIN pon nak cerita kat blog"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info