Samsung Galaxy S Noob!

Gua baru angkat Samsung Galaxy S. Masalahnya gua tak reti camne nak guna benda alah ni. Gua ada tanya2 dengan member gua. Dia suruh join forum xda-developers. Katanya senang kalau ada masalah apa2 boleh terus tanya dekat situ. Gua dah register dah jadi ahli noob dekat forum tu tadi.

Sebelum daftar masuk forum tu ada satu video. Gua layan kejap video tu. Nampak menarik pulak.


Ok. Proses pendaftaran ahli dah selesai. Sekarang ni member gua cakap gua kena root dulu tepon canggih gua ni. Baru syok! Binatang apa root henpon gua pon tak tau. "Root" yang tajuk lagu Deftones tu gua tau la. Member gua ni pon satu, bukan nak ajar gua terus. Dok sebelah je ni. Disuruhnya gua cari sendiri kat forum tu cara nak root Samsung Galaxy S. Cilake punye member. Dah seronok dapat iPhone (henpon lama gua) terus tak ingat member. (sambil jeling member gua yang tengah sedap meniarap atas tilam gua tanpa bukak kasut dulu) Cilake!

*** Saje tukar selera. Try pakai android hijau pulak. Dah bosan dengan iPhone. Tak best! Harap jenama je gempak tapi guna susah nak mampos. Gua buat main angry bird je kat iPhone tu.

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S Noob!"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info