17 November 2011

Insentif Kaji Selidik Pengesanan Graduan Susulan

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang menjalankan satu kajian kepada graduan negara yang telah menamatkan pengajian setahun dan ke atas. Maklumat yang diperolehi dari kajian susulan ini diharap dapat membantu institusi pengajian tinggi, bakal-bakal graduan/lepasan sekolah dan para graduan dalam memahami pasaran pekerjaan serta hubungkait pekerjaan dengan bidang pengajian yang diikuti. Petunjuk penting yang diperolehi daripada hasil kajian ini akan menjadi sumber yang sangat berguna kepada institusi pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, pihak industri dan pelabur.

Diharap para graduan dapat meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan soal selidik ini. Bagi maklumat lanjut, sila dail talian percuma 1-800-222-000 (toll free) atau layari laman web http://graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan. Sekiranya saudara/saudari bukan seorang graduan, diharap dapat memaklumkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang berstatus graduan yang sedang mencari pekerjaan.

insentif menarik kajian susulan

HADIAH INSENTIF KEPADA PESERTA KAJIAN BERTUAH


Bagi menggalakkan penyertaan, pihak penganjur telah bermurah hati menyediakan pelbagai insentif menarik seperti ipad2, Samsung Galaxy Tab, Netbook dan lain-lain kepada peserta bertuah. Mungkin anda adalah salah seorang peserta bertuah tersebut. Penyertaan awal akan membuka lebih banyak peluang bagi memenangi hadiah-hadiah menarik.

Insentif Pertama

Semua peserta kajian adalah BERTUAH. Dial 1-800-222-000 untuk aktifkan akaun ADAcode percuma anda. Setelah itu anda bolehlah mendail 1-800-888-232 untuk menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial dan capaian direktori yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca pesanan kepada rakan-rakan pengguna secara percuma tanpa memerlukan talian Internet. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Setelah anda mendail 1-800-222-000, anda akan mendapat satu SMS percuma mengenai kajian ini dan juga maklumat berkaitan ADAcode berserta password untuk anda gunakan di laman ADAcode atau dial 1-800-888-232 untuk perkhidmatan percuma.

Insentif Kedua

Jika anda sudah selesai menjalankan kajian, anda mungkin berpeluang memenangi beberapa hadiah insentif yang menarik. Di antaranya iPad 2, iPhone 4, Samsung Galaxy Tab, Camera dan berbagai-bagai lagi!

 
 

 
P/S: Gua copy paste dari email je. Share dengan korang sebab nampak macam best. Haha..
 

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon