Karnival Pendidikan MARA 2012


Karnival Pendidikan MARA 2012 yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) diadakan setiap tahun pada bulan Mac dan April. Di karnival ini, para pengunjung bolehlah dapatkan maklumat-maklumat tentang peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Karnival Pendidikan MARA tahun 2012 kali ini bertemakan "Apa Jua Pencapaian dan Minat, Kami Jadikan Anda Hebat" dan akan diadakan di 9 lokasi seluruh negara.

Tujuan Karnival Pendidikan MARA 2012 ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran karnival ini dilihat mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan untuk membuat pilihan yang bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa akan datang.

Karnival Pendidikan MARA 2012 ini juga memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS serta majikan untuk mendekati kumpulan sasaran dengan mempromosikan kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutamanya dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA akan menggerakkan tujuh IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian.


Aktiviti Karnival Pendidikan MARA 2012

  • Info Program Pengajian – Info terkini mengenai program-program pengajian pra-U, diploma. ijazah, lepasan ijazah serta profesional
  • Info Program Latihan Kemahiran – Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma.
  • Kaunseling Pendidikan & Kerjaya – Khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
  • Temuduga Terbuka IPT – Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
  • Pinjaman Pelajaran – Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran
  • Penajaan Pelajaran – Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran MARA untuk calon yang layak.
  • Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka di lima buah lokasi iaitu di Melaka, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Perak. Majikan yang mengambil bahagian juga akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pekerja di samping mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi tips atau panduan mencari kerja, etika menghadiri temu duga dan soft skills yang diperlukan untuk menghadapi temu duga.

Untuk maklumat lanjut tentang Karnival Pendidikan MARA 2012, boleh rujuk laman web MARA dan Facebook Karnival Pendidikan MARA.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan karnival ni, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03 2613 4856 / 4847 / 4854 atau faks 03 2692 7386.

0 Komentar untuk "Karnival Pendidikan MARA 2012"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info