Antara widget Gushcloud dan Glitterati Nuffnang

Gua baru perasan sekarang ni Gushcloud dah ada widget untuk dipasang kat blog. Gua dah pasang sekejap tadi kat blog gua yang tak seberapa ni, tapi 10 minit kemudian gua buang balik widget tu bila terbaca entri blogger ini.

Gua buang widget Gushcloud tu sebab Nuffnang anggap Gushcloud sebagai pesaing dia. So kalau ada mana-mana blogger pasang widget Gushcloud bersama dengan iklan Nuffnang, status Glitterati akaun Nuffnang blogger tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang rasa kesian.


Gambar oleh AmerCorner

Nuffnang ni memang betul-betul tak suka kalau ada pesaing. Nasib baik status Glitterati akaun Nuffnang gua tak hilang. Gua masih nak setia dengan Nuffnang memandangkan dalam akaun Nuffnang gua tu duit dah berlambak, walaupun gua jarang update blog. Dari mana entah datang duit tu.

Bagi mereka yang nak pakai widget Gushcloud dalam blog dan buat duit secara online dengan Gushcloud boleh layari tutorial pasang widget Gushcloud.

0 Komentar untuk "Antara widget Gushcloud dan Glitterati Nuffnang"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info