22 July 2012

Bangun Sahur Dapat Pahala

Tadi gua sahur makan 'biskut mayat' cicah air kopi panas. Member2 gua ada yang tak bangun sahur. Penat gua kejutkan, taknak bangun jugak. Rasa nak bagi penampar pun ada. Ikut sunnah Nabi s.a.w. pun susah ke? Gua lempang jugak member2 gua ni kang. Dah azan Subuh pun dok membuta lagi. Buta betul2 baru tau. Huh!

Kelebihan Bersahur

Rugi betul siapa tak bangun sahur sebab dalam bersahur ada keberkatan. Senang je nak buat amalan berpahala dalam bulan Ramadhan ni tapi ada jugak yang liat nak bangun sahur.

Bersahur walaupun hukumnya sunat tapi sangat besar manfaatnya untuk diri kita. Di samping tu dapat kumpul tenaga untuk berpuasa. Kalau tak bangun makan sahur memang confirm akan rasa lapar bila berpuasa. Sebab tu digalakkan bersahur. Tambah2 pulak boleh dapat pahala percuma kerana bersahur adalah sunat dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. (bersahur) memang akan dapat pahala.

Waktu sahur juga waktu yang penuh keberkatan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksudkan dengan berkat (barakah) itu ialah kita akan dapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati sesiapa yang bersahur dan malaikat juga akan mendoakannya. Waktu sahur jugak adalah waktu yang mustajab dan terbaik untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T. InsyaAllah akan dimakbulkan setiap doa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Pengambilan makanan sahur juga membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa umat Islam kerana penganut lain tak bersahur sebelum berpuasa.

Bersahur cukup sekadar makan dan minum sikit walaupun cuma seteguk air. Tapi tak digalakkan makan terlalu sikit atau makan terlalu banyak pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu kita berpuasa pada keesokan hari. Ini kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sikit akan mengganggu kesihatan kita.

Waktu Terbaik Untuk Bersahur

Waktu bersahur yang sesuai adalah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar. Namun begitu, disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur kira-kira 10 minit atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Seeloknya sahur tu dilewatkanlah. Pandai2 la setting tempoh masa untuk kita makan sahur. Jangan dah masuk waktu Subuh pun asyik dok mengunyah nasik lagi..

Waktu kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum azan Subuh tu adalah waktu yang paling sesuai untuk bersahur. Bukannya makan pada tengah malam sebelum tidur dengan niat bersahur. Makan tengah malam tu dianggap makan biasa2 je, bukan makan sahur, dan tak dapat pahala bersahur pun.

Jadikanlah bangun sahur tu sebagai salah satu amalan kita dalam bulan Ramadhan yang mulia ni untuk kumpul pahala banyak2.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon