20 July 2012

Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa

Esok kita dah start puasa dalam bulan Ramadhan 2012. Malam ni kena tidur awal sebab nak bangun makan sahur pagi nanti.

Ramai yang 'bersahur' tengah malam lepas tu tidur. Memang confirm takkan dapat pahala bersahur sebab sahur kena lewat-lewatkan baru dapat pahala. Seeloknya bersahur beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh. Sape entah ajar sahur tu makan tengah malam sebelum tidur. Cehh..

Sepanjang berpuasa kita bukan saja tahan lapar dan dahaga tapi kena jaga lidah, mata, telinga, tangan, kemaluan dan kaki jugak.

1. LIDAH - jangan bercakap benda2 takde faedah.
2. MATA - jangan tengok perkara2 yang tak sepatutnya.
3. TELINGA - jangan dengar orang lain mengumpat.
4. TANGAN - jangan mencuri, memukul atau sebagainya.
5. KEMALUAN - jangan berzina, onani atau melancap, dan lain2.
6. KAKI - jangan pijak tempat clubbing atau tempat yang bercampur lelaki dan perempuan.

Macam2 lagilah. Bila kita dapat jauhi semua perkara terkutuk tu, insyaAllah ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT. Kalau buat jugak perkara2 tadi tu mungkin pahala puasa kita dapat sikit je atau terbatal dan tak diterima oleh Allah. Buat penat jela berpuasa kalau macam tu.

Semoga puasa Ramadhan kali ini dapat bagi ganjaran pahala yang banyak kepada kita untuk bekalan di akhirat nanti. Selamat berpuasa kepada semua dan selamat melakukan ibadah2 dalam mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon