24 August 2014

Doa Dijauhkan Masalah Kewangan

Nabi mengajar cara untuk hilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353.

Abu Said Al-Khudri RA berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umarah RA sedang duduk di sana.

Baginda bertanya, "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?"

Beliau menjawab, "Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah".


masalah kewangan


Baginda bertanya lagi "Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah Taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunaskan hutangmu?"

Dia menjawab, "Sudah tentu Ya Rasulullah".

Baginda bersabda, "Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.

Sumber: Majalah Niaga

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

1 comment(s) so far

Terima kasih sebab berkongsi doa ni

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon