Bisnes Jual Simkad Tone Excel

Semalam aku dihubungi melalui PM di Facebook oleh seorang kawan lama. Kawan tu ingat lagi rupanya aku ni. Lama dah tak jumpa lepas habis belajar dulu.

Dalam PM tu kami sembang punya sembang punya sembang, bukak balik cerita-cerita lama dan macam2 lagilah perkara yang kami bualkan. Tup tup tiba2 dia buka cerita tentang bisnes yang dia tengah buat sekarang iaitu bisnes jual simkad Tone Excel.

Sebenarnya aku dah lama dengar tentang bisnes simkad Tone Excel ni. Tengok ada juga rakan blogger yang join bisnes ni. Katanya kencang jugak income boleh dapat bila dah join bisnes Tone Excel.


Tone Excel dimiliki oleh syarikat TuneGroup.com dan line dia menggunakan coverage Celcom. Harga simkad dia RM90 untuk satu simkad. Bila dah beli simkad Tone Excel, dari situ boleh jana pendapatan dengan cara memperkenalkan Tone Excel kepada kawan-kawan yang lain. Bila ada orang beli simkad Tone Excel yang kita promote tu, kita akan dibayar. Bila orang topup pun kita dapat % jugak.

Pernah jugak terfikir nak cuba join bisnes Tone Excel ni. Tapi buat masa sekarang masih belum habis fikir lagi. Mungkin belum tiba masanya. InsyaAllah kalau terbuka hati satu hari nanti mungkin aku join.

Dulu pernah jugak join bisnes jenis macam ni. Tapi produk lainlah. Cuma belum ada rezeki lagi. Semuanya kecundang. Kalau aku join bisnes Tone Excel ni rasa-rasa boleh berjaya tak? atau akan kecundang lagi?

Tak dinafikan bisnes Tone Excel ni memang boleh buat duit. Tapi aku tengok ada juga kelebihan dan kekurangan dia. So, tak perlulah nak sembang2 lebat sangat masa nak perkenalkan Tone Excel ni kat orang lain. Faham ye..

2 Komentar untuk "Bisnes Jual Simkad Tone Excel"

tunggu tahun depan apa plak yang bakal mendatang..:D

tone excel agak trending jugak sekarang ni.. tahun depan confirm akan ada telco2 baru yang nak buat cara yang sama.. kita tengok jela tahun depan apa yang bakal datang..

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info