Qurban Aqiqah di Kemboja, Bantu Rakyat Miskin Di Sana

Hari raya haji dah semakin menghampiri kita. Mesti ramai yang buat ibadah korban tahun ni. Sekarang ni pun tengok ramai dah yang buat tempahan lembu. Iklan jual lembu pun ada kat merata tempat.

Tapi aku belum tempah lembu lagi. Ingat nak tempah lembu korban dengan eQurban.com, harga pun murah dan boleh buat tempahan secara online.

Pelaksanaan ibadah qurban di Kemboja oleh eQurban.com

Ibadah korban dalam Islam merupakan satu ibadah yang boleh mendekatkan seseorang hamba dengan Tuhannya melalui bukti pengorbanan yang dilakukan.

Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping tu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

Ibadah Qurban Menjana Ekonomi

eQurban.com adalah satu badan organisasi yang menguruskan ibadah korban di Kemboja. Pihak eQurban sendiri ada tempat ternakan lembu di sana yang diusahakan dengan kerjasama Koperasi Muslim Kemboja. Ibadah qurban / aqiqah yang dilakukan di Kemboja sedikit sebanyak mampu menjana ekonomi dan membaiki tahap sosial ummat.

Lembu eQurban di Kemboja

Rasanya ramai dah tahu macam mana susahnya hidup rakyat di Kemboja. Sebab tu aku rasa lebih baik buat ibadah korban di Kemboja, dapat bantu rakyat di sana, dapat bagi diorang makan daging korban.

Kat sana diorang dapat makan daging cuma 1 tahun sekali. Kita kat sini hari-hari boleh makan daging (kalau tak jemu lah). Ada jugak siap buang-buang daging lagi sebab tak habis makan. Daripada kita membazir macam tu ada baiknya kita lakukan ibadah qurban di Kemboja. Pihak eQurban akan uruskan semua pelaksanaan korban bagi pihak kita.

Harga Lembu / Kambing eQurban.com

Harga lembu / kambing yang ditawarkan oleh pihak eQurban adalah:

BILANGAN HARGA
1 Bahagian Lembu RM280
2 Bahagian Lembu RM560
3 Bahagian Lembu RM840
4 Bahagian Lembu RM1,120
5 Bahagian Lembu RM1,400
6 Bahagian Lembu RM1,680
1 Ekor Lembu RM1,960
1 Ekor Kambing (Kemboja / Indonesia) RM550
1 Ekor Kambing (Mekah) RM400

Siapa nak order lembu atau kambing untuk dikorbankan boleh buat tempahan secara online melalui laman web eQurban.com. Tarikh tutup tempahan korban untuk tahun 2014 ni adalah pada 30 September 2014.

0 Komentar untuk "Qurban Aqiqah di Kemboja, Bantu Rakyat Miskin Di Sana"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info