Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S

Alhamdulillah, aku layak ke pusingan kedua dalam Contest Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati.com. Seramai 148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk "iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger" sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.

Ada juga blogger yang gagal sebab entri tak cukup syarat. Ada juga yang tarik diri. Mungkin sibuk dengan tugasan lain sampai tak dapat bagi komitmen sepenuhnya untuk Cabaran iPhone 5S ni.

Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S dah pun bermula hari ini. Apa yang perlu dibuat adalah setiap peserta yang layak dalam pusingan kedua ni perlu menjadi Top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9/2014 – 15/10/2014. Peserta yang berjaya masuk dalam senarai Top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.

Kena luang masa lebih sikit untuk tinggalkan komen di blog Denaihati dan berusaha jadi salah seorang daripada Top 70 penulis komen.

Selamat maju jaya kepada semua peserta yang layak dalam Cabaran iPhone 5S. Good luck.. buat aku juga.

0 Komentar untuk "Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info