13 October 2014

Banyakkan Komen di Blog Rakan Blogger

Sebagai seorang blogger kita seharusnya merajinkan diri untuk meninggalkan komen di mana-mana entri dalam blog-blog rakan blogger yang lain. Kerana dengan melakukan aktiviti memberi komen ini akan membantu juga bagi blog kita.

Bukan susah pun nak beri komen. Hanya perlu luahkan pendapat atau pandangan kita berdasarkan artikel yang ditulis di blog rakan blogger tu. Jangan pulak bagi komen spam dok promote yang bukan-bukan. Nak promote bisnes ke apa ke tak salah, cuma kena tengok tempat dan situasi jugak. Kalau main redah je boleh buat orang bengang kat lu der.


Aku dok cerita tentang komen ni sebab sekarang aku tengah berusaha keras membuat tugasan kedua Contest iPhone 5s anjuran blogger Denaihati. Tugasan dia memerlukan setiap peserta memberi komen sebanyak mungkin dan tersenarai dalam Top 70 penulis komen terbanyak. Lepas tu akan layak ke peringkat akhir untuk rebut hadiah iPhone 5s gajet impian setiap blogger.

Kalau tengok pada senarai Top 100 penulis komen terbanyak yang dah dipublish di blog Denaihati.com, aku mungkin berjaya masuk senarai Top 70. Alhamdulillah. Tapi tak bermakna boleh duduk diam dah. Ada masa 2 hari saja lagi sebelum cabaran ditutup. Dalam masa 2 hari tu macam-macam boleh berlaku.

So aku nak kena banyakkan lagi komen di blog Denaihati supaya tak tersingkir daripada cabaran.


3 Kelebihan Komen di Blog Blogger lain

Nak kongsi tips sikit kenapa sebagai blogger kita perlu singgah ke blog-blog lain dan tinggalkan komen. Sebab banyak kelebihannya bila kita amalkan blogwalking dan meninggalkan komen terutamanya di blog-blog yang ranking tinggi.

1. Backlink
Bila kita tinggalkan komen di blog blogger lain, kita akan dapat backlink untuk blog kita. Maknanya, bila kita komen, link blog kita akan ada dalam blog-blog yang kita singgah tu. Backlink komen ada sesetengah orang akan klik dan terus direct pergi ke blog kita. Memang untunglah siapa yang rajin bagi komen kat blog lain.

2. Juice Link
Juice link juga antara kelebihan yang akan kita dapat bila komen kat blog orang lain dan memberi kesan sangat bagus untuk ranking blog kita. Biasanya blog yang tinggi pagerank paling sesuai untuk kita tinggalkan komen beserta link blog.

3. Perhubungan Sosial
Komen di blog blogger lain juga akan mewujudkan perhubungan sosial antara kita dengan tuan punya blog dan juga penulis-penulis komen yang lain. Blogger yang rajin komen menunjukkan dia seorang yang mesra dan ingin berkawan. Bila orang selesa dengan cara kita memberi komen, secara tak langsung akan menarik perhatian mereka untuk singgah ke blog kita dan menjalinkan hubungan persahabatan sesama blogger.

Itu sajalah yang dapat aku kongsikan. Aku ni pun masih baru lagi dalam dunia blogging Malaysia ni. Masih banyak lagi kena belajar.

Oklah.. Aku nak pergi sambung tugasan komen-komen kat blog Denaihati.com.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

5 comment(s)

betul tu banyak kelebihna tinggal komen di blog rakan blogger yang lain

Blogwalking la selalu. tak susah, cuma balas jasa baik rakan-blogger sebab penat datang dari jauh untuk tinggalkan jejak. Jadi buat ziarah balik dan tinggalkan link blog di ruangan komen

Info yang sangat menarik. Saya pun masih baru dlm dunia blogger ini

saya baru lgi dalam dunia blogger ni..slalu fail.huhuhuhu
cuma bila da ada website ni ok skit.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon