11 October 2014

Muat Turun Teks Ucapan Bajet 2015

Teks Penuh Ucapan Bajet 2015 yang dibentangkan di Parlimen pada Jumaat, 10 Oktober 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak kini boleh dimuat turun. Teks ucapan belanjawan negara atau Bajet 2015 ini mengandungi 73 muka surat.

DOWNLOAD TEKS UCAPAN BAJET 2015.


Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat


Antara intipati menarik Bajet 2015 yang boleh dikongsikan ialah:
  • Nilai BR1M dinaikkan.
  • Bonus kakitangan awam setengah bulan gaji atau minima RM500.
  • Had kelayakan pinjaman kakitangan awam untuk pembelian rumah dinaikkan.
  • RM23.3 billion kemudahan kesihatan.
  • Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.
  • 80 ribu unit rumah PR1MA akan dibina kerajaan
  • Skim khas bantu belia miliki rumah
  • Projek infrastruktur 2015; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion)
  • Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST
  • Rebat 10% diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015 dan tawaran diskaun 20% diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian sekali gus mulai hari ini hingga 31 Mac 2015.

DOWNLOAD TEKS UCAPAN BAJET 2015.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

4 comment(s)

ya.. ramai yang cari teks bajet 2015.. saya kongsikan je kat blog ni.. :)

ya.

ramai yang cari untuk simpan kenang-kenangan. hehe..

aku senang je..baca je dekat paper..kalau baca teks ucapan nie...susah sikit nak hadam

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon