15 October 2014

Selidik Dulu Sebelum Sebarkan Sesuatu Berita

2 hari lepas aku terima 1 mesej daripada member di group Whatsapp dan Telegram yang bagitau tentang ramalan kaji cuaca. Macam ni mesej yang dia tulis tu..

"Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan ribut kuat akan melanda Klang pada jam 12.00 malam ini. Dinasihatkan kepada semua supaya berada di dalam rumah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Elakkan park kereta di bawah pokok. Sebarkan dan maklumkan kepada rakan-rakan dan keluarga masing-masing."

Tu dia.. Baca ayat terus rasa gerun. Mana taknye. Ribut kuat katanya tu. Silap2 banyak rumah boleh tercabut dinding macam kes rumah pangsa Loke Yew tercabut dinding bilik sebab angin ribut hari tu.



Tapi bila aku semak di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, takde jumpa apa2 maklumat tentang pengumuman ribut kuat akan melanda Malaysia. Akhirnya aku jumpa pengumuman dari Jabatan Meteorologi Malaysia di laman Facebook rasmi mereka.




Haramjadah betul siapa yang suka buat cerita palsu macam ni. Yang dok sebar-sebar cerita tu pun sama jugak haramjadah. Selidik dulu la sebelum sebarkan sesuatu maklumat. Best sangat ke sebar berita palsu? Tak tau ke perbuatan tu dikira memfitnah? Fitnah tu lebih teruk daripada membunuh! Banyak perkara buruk boleh berlaku akibat fitnah. Tau tak?!

Sebagai blogger aku nak berpesan lah kepada rakan-rakan blogger yang lain. Tolong jangan sebar sesuatu berita tanpa usul periksa. Kalau ada terima apa2 berita kat Whatsapp ke, Telegram ke, Facebook ke, Twitter dan lain-lain, sila selidik dulu ianya fakta atau bohong sebelum sebarkan kepada orang lain.

Pengguna media sosial yang lain pun kena berhati-hati jugak dalam menyebarkan sesuatu berita. Sila selidik dulu ye. Jangan jadi orang yang menyebarkan fitnah.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al Hujurat : 6)

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

4 comment(s)

Rasanya kita terbaca berita yang sama dalam one of our paper. tak ingat which paper...Hmmm..kena hati-hati kan...

Kebanyakkan memang gopoh dalam menyampaikan maklumat tanpa usul periksa.

apa la faedahnya sampaikan berita palsu. isk isk :)

jemput join >> http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon