Terkejut Bil Telefon Cecah Ratusan Ringgit

KOTA TINGGI - Seorang lelaki di sini, terkejut selepas mendapati bil telefon diterima, empat kali ganda berbanding biasa sebaik menggunakan telefon pintar baharu sejak tiga bulan lalu.

Mohd Noh Kamarudin, 56, menyedari kejadian itu selepas pihak syarikat telekomunikasi terbabit memotong talian dan menyuruhnya membayar bil perkhidmatan telefon.


Menurutnya, dia yang tidak melanggan pakej internet berasa hairan selepas melihat bil yang dihantar syarikat telekomunikasi itu mengenakan caj RM300 pada September dan Oktober.

Sebelum ini saya hanya menggunakan telefon biasa dan bil bulanan saya paling mahal RM80 kerana nombor itu untuk buat panggilan saja.

Saya sudah buat aduan kepada syarikat telekomunikasi itu, tapi mereka beri alasan mungkin saya tak sengaja terbuka internet dan menyebabkan ia dicaj. Saya pelik kerana tak gunakan langsung internet, malah tak melanggannya.

Jika saya tak sengaja terbuka aplikasi dalam telefon sehingga menyebabkan dikenakan caj tinggi, mengapa pihak syarikat tak menghantar sebarang peringatan. Sebaliknya mereka terus mengenakan caj sehingga bil saya melambung,” katanya semalam.

Mohd Noh berkata, oleh kerana tidak berpuas hati, dia telah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Alhamdulillah ada tindakan daripada pihak SKMM selepas dua hari saya laporkan perkara itu dan pihak syarikat tersebut hanya menyuruh saya membayar bil sebanyak RM48 sahaja bagi bulan Oktober.

Saya harap orang ramai berwaspada dan bertindak jika menerima nasib sama seperti saya,” katanya.



Inilah akibatnya jika pengguna tidak faham "Pay Per Use". Nasib baik aku pakai prepaid ONEXOX. Prepaid ONEXOX tiada "Pay Per Use".

Pihak ONEXOX sengaja buat macam tu untuk mengelakkan pengguna-pengguna ONEXOX kerugian sebab bila ada "Pay Per Use" secara automatik credit kita akan dipotong atau bil akan melambung bila kita terlebih guna.

Dapatkan Prepaid ONEXOX sekarang! Kekalkan nombor sedia ada atau dapatkan nombor baru. Simkad RM10.00 sahaja!

Hubungi pengedar sah ONEXOX :

KHAIRUL ANAM
(ONEXOX Authorised Dealer)
Call / SMS / Whatsapp / Telegram
011-3244 8800

2 Komentar untuk "Terkejut Bil Telefon Cecah Ratusan Ringgit"

Celcom atau pakcik yang bersalah atau tidak...yang pasti aduan telah dibuat..tunggu jelah apa tindakan seterusnya...

pakai prepaid aje. ada, guna.

tak ada, baru la gi topup. heeh

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info