31 May 2011

Lawak SENARIO dah tak best macam dulu

Gua tengok cerita SENARIO sekarang ni dah tak best macam dulu. Lawak diorang nampak macam lawak syok sendiri. Tak kelakar langsung! Ke sebab umur gua dah makin meningkat, dah makin tua buat gua jadi rasa macam ni? Hmm... Tak kisah lah. Semoga terus success SENARIO!

 

Mat bangla suara macam Saleem

Korang tengok la video ni. Mat bangla ni nyanyi lagu Saleem. Suara sebijik suara Saleem kot gua rasa. Lain la kalau korang pengkritik hebat kan. Mungkin tak sependapat dengan gua.



Amacam? Sebijik tak?

Kredit: AkmalHilmi
 

Orang langgar motor gua

Tadi gua tengah syok layan video klip ghairah lakonan Shahz Jaszle. Memang tak patut video macam tu dibuat. Kalau gua ada kuasa dalam negara ni, gua dah ban terus orang yang terbabit dalam video ghairah tu. Tak elok kalau ditengok dek budak2 yang belum sunat. Apatah lagi yang dah bersunat. Yang sedang bersunat tu lagi laa.. Boleh bentan anu dibuatnya.

Tiba2 ada kereta pacuan empat roda 4X4=16 gostan atau dengan bahasa lainnya undur ke belakang (mana ada undur ke depan. Bangang!) pastu langgar motor gua yang tengah seronok parking kat depan tempat gua tengah lepak layan internet wifi free. Helmet gua jatuh berguling guling sebanyak 7 kali gua rasa tadi. Gua tengok je apa tuan kereta tu nak buat. Tapi dia boleh buat macam takde apa-apa peristiwa buruk berlaku. Gua pon dengan merah muka, gua jalan pergi kat motor gua, gua ambik helmet yang dah cedera parah akibat terguling tadi... Gua pon......... gua pon.... gua letak balik atas tank motor RXZ gua sambil mengusap manja helmet gua yang dah kotor penuh dengan pasir jalan. Pasir pantai takde sebab gua bukan lepak tepi pantai.

Gua tengok motor gua takde apa-apa kerosakan. Gua perati dekat2 bontot motor gua kot2 ada kesan calar ke terguris hati ke. Tapi tak nampak apa langsung. Penuh dengan habuk je motor gua sebab dah banyak bulan gua tak cuci motor. "Malas!" kat hati gua.

Gua memang macam ni. Tak reti nak marah2 orang. Orang buat jahat kat gua pon, gua boleh diam je. Tuan punya kereta yang langgar motor gua tadi ada datang kat gua, mintak maaf pasal tak sengaja terlanggar motor gua tadi. Gua OK je sebab dia cuma langgar motor gua dan takde apa2 kecederaan pon kat motor gua kecuali helmet gua. Tapi kalau dia langgar gua, memang time tu jugak gua masuk hospital.

 

Boss masuk lambat

Mentang2 dia boss. Sukehati dia je nak masuk pukul berapa pon. Kalau lambat 10 minit ke setengah jam ke takpe jugak. Kadang2 tengahari baru terpacak kat opis. Macamana nak tunjuk contoh yang baik kat pekerja? Masuk lambat, nak kata ada meeting, takde. Bangun lambat la tu. Tidur melampau. Buat apa pon tak tau malam tadi.

Gua kalau ada duit banyak, gua pon boleh jadi boss. Tapi gua taknak la jadi boss jenis masuk opis ikut sukehati macam gitu. Tepat time start kerja gua akan tunggu depan pintu opis sambil hisap rokok Surya. Baru boleh nampak staf yang datang awal, staf yang datang lambat. Yang datang lambat tu gua nak sound keras. Lepas tu ajak lepak minum teh.

30 May 2011

Alex Ferguson bengang Manchester United kalah dengan Barcelona

Memang macam sial lawak video ni. Kreatif sape yang edit video ni. Hahaha.. Tahniah kepada Barcelona kerana berjaya kalahkan Manchester United, 3-1..