Kena blacklist dengan PTPTN

Tepat jam 12:01 pagi tadi, pada tarikh 1 Jun 2011, gua dapat satu berita tak best dalam diari hidup gua. Ni semua gara-gara gua terbaca tweet member gua kat Twitter sana. GUA KENA BLACKLIST DENGAN PTPTN!! Hampeh betul. Baru nak gelakkan member gua tu. Tup2 dengan gua2 sekali kena blacklist. Chait~

Kena blacklist dengan PTPTN

Dah! Gua tengah bengang ni. Naik bangang dibuatnya. Gua nak pergi Google maklumat2 macam mana nak setelkan masalah kena blacklist dengan PTPTN ni. Sekali dengan Imigresen blacklist gua. Dah tak boleh nak pergi Perancis!

Salah gua jugak. Sape suruh tak bayar hutang PTPTN. Padan la dengan muka. Adoiihh.. Nak mintak tolong Mail Lambung pon tak boleh. Dia tak makan rasuah!

Korang ada tak yang kena blacklist dengan PTPTN? Tak check lagi? Baik check cepat2. Rasa macam menyusahkan je nak setel masalah ni kalau dah kena blacklist. Boleh check kat "Laman Semakan Senarai Hitam". Kalau yang belum bayar hutang PTPTN tu, boleh check nama korang kat "Laman Semakan Peminjam Yang Belum Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN". Cegah sebelum parah!

GUA BENGAAANGGG!!
 

0 Komentar untuk "Kena blacklist dengan PTPTN"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info