18 October 2014

Pelan Baru Internet of Xpax (IOX)

Hari tu aku ada terima SMS daripada Celcom Xpax beritahu tentang pelan baru yang akan ditawarkan. Tengok kat Facebook Xpax tadi nampaknya diorang dah lancarkan pelan baru tu dengan nama IOX (Internet of XPAX).

Dengan pelan baru Internet of Xpax seumur hidup anda akan mendapat 10 minit INTERNET PERCUMA 3x sehari, 10 saat PANGGILAN PERCUMA dengan setiap panggilan dan 10 GAMES PERCUMA setiap hari. Hanya dail *118# untuk mendapatkan GAMES percuma anda dan INTERNET percuma setiap hari. Nikmati juga panggilan dan SMS kadar terbaik di bandar serendah 3.3sen/min dan 4sen/sms.

Internet of Xpax (IOX)

Internet of Xpax (IOX)

Siapa guna Xpax untunglah boleh buat call selama 10 saat tanpa tolak kredit. Phone akan jadi macam walkie talkie la lepas ni. Masa call tu cakap 10 saat je lepas tu letak phone. Pastu call balik, cakap lagi 10 saat, pastu letak phone. Call 10 saat, letak. Call 10 saat, letak. Kan macam walkie talkie tu. Baru lah jimat kredit, ye dak? Haha.

Tapi aku guna ONEXOX lagi banyak penjimatan. Tak percaya boleh tanya aku.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

4 comment(s)

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon