Showing posts with label telekomunikasi. Show all posts
Showing posts with label telekomunikasi. Show all posts

22 March 2016

Buat Aduan Kepada SKMM Melalui Whatsapp

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan di Facebook mereka bahawa Aduan MCMC telah mengaktifkan saluran aduan baharu melalui aplikasi ‘Whatsapp’. Saluran aduan ini diaktifkan bagi membolehkan orang ramai untuk membuat aduan mengenai sebarang isu berkaitan telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos dan perjudian dalam talian.

Berikut merupakan maklumat mengenai saluran aduan baharu Aduan MCMC.

Nombor Whatsapp: 016 2206 262
Waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)


Perakuan penerimaan aduan akan diterima oleh pengadu dalam tempoh 24 jam. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan saluran baharu ini bagi menyalurkan aduan rasmi Aduan MCMC.

Sumber: Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

18 February 2015

AC Mizal Labur Jutaan Ringgit Buka Stesen TV, Talian Telefon Sendiri

Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, Datuk AC Mizal antara selebriti yang sukses membina nama sebagai seorang penghibur versatil.

Malah, figura berusia 43 tahun ini bergelar usahawan dan menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara termasuklah mempunyai hotel di Bali, Indonesia.


Terbaru, AC berani melaburkan wangnya sendiri yang mencecah jutaan ringgit untuk membuka sebuah stesen televisyen sendiri.

Pemilik nama sebenar Mizal Zaini ini ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014) di Kuala Lumpur semalam mendedahkan beliau akan melancarkan stesen televisyennya yang diberi nama Peace Yo. FM pada April nanti.

Stesen ini berkonsepkan hiburan sepenuhnya yang akan memaparkan pelbagai program realiti dan drama yang akan diterbitkan produksi saya sendiri. Kandungannya bukan saja terhad tentang dunia hiburan dalam negara malah, tertumpu juga pada hiburan antarabangsa di seluruh dunia

Untuk kandungan di luar negara, saya akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara untuk mereka turut sama menyumbang apa saja yang boleh dijadikan kandungan program.

Bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah stesen TV. Walaupun ianya online tapi dari segi peralatan dan keperluan seperti kamera memerlukan kos yang sangat tinggi. Namun, demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini.

Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran,” kongsinya dengan nada penuh yakin.

Tambahnya, bermula 1 Mac ini satu ujibakat akan diadakan pencarian deejay dan wartawan siaran untuk stesen tersebut. Sesi ujibakat akan diadakan seawal jam 9 pagi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Seramai 25 orang diperlukan untuk berhidmat dengan stesen tersebut.

Pada 1 Mac ini akan diadakan ujibakat terbuka kepada sesiapa saja dalam kalangan usia 18 hingga 30 tahun. Bagi saya, tidak kira sama ada mereka itu punya kelulusan universiti atau tidak, apa yang penting jika mereka berbakat dan layak, tentu akan ada peluang untuk menyertai stesen TV saya.

Dalam beberapa bulan ini Peace Yo. FM akan beroperasi selama 12 jam dulu tetapi kemudian nanti baru ia beroperasi selama 24 jam,” katanya.

Bercerita lagi mengenai perniagaannya itu, AC menyatakan idea untuk mewujudkan stesen TV sendiri sebenarnya sudah lama difikirkan. Sementelah ia sebagai salah satu perancangan untuk diri terus melibatkan diri dalam dunia penyiaran.

Di samping itu, AC juga berharap Peace Yo.FM dapat dijadikan sebagai platform untuk artis-artis baru mempromosikan diri.

Sudah lama saya fikirkan tentang mahu bukan stesen TV sendiri. Sebenarnya, bahagian kandungan rangan berbahasa Cina Peace Yo.FM sudah pun beroperasi sejak lima bulan lalu. Jadi sekarang pihak saya sedang buat persiapan untuk bahagian Bahasa Melayu dan pelancarannya nanti.

Selain ini satu lagi cabang perniagaan saya, ia juga sebagai platform untuk artis-artis baru masa kini untuk promosikan diri mereka. Sebab sekarang ini apa yang dapat kita lihat, kebanyakan stesen TV sering menampilkan artis-artis yang sama saja kerana berdasarkan nilai komersial mereka.

Jadi, diharapkan Peace Yo. FM dapat dijadikan ruang untuk muka-muka baru mempromosikan bakat mereka,” tuturnya teruja.

Bagaimanapun, AC mengeaskan beliau tidak akan muncul di stesen televesyennya sendiri kerana terikat sebagai artis eksklusif stesen TV berbayar, Astro.

Walaupun fokus saya buat masa pada perniagaan saya tapi karier seni dan kerjaya pengacaraan masih saya lakukan seperti biasa.

Cuma, saya tidak akan muncul di stesen TV saya kerana saya masih lagi artis eksklusif Astro,” katanya yang turut memberitahu mendapat banyak tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Astro sepanjang melaksanakan projeknya itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejayaannya tercalon dalam Top 5 kategori Pengacara Paling Popular, penyayi lagu Paranoid ini berharap dia dapat mengulangi kemenangannya seperti tahun lalu.

Alhamdulillah, saya tercalon Top 5 pada tahun ini dan berharap menang seperti tahun lalu,” katanya.

Perkembangan lain, AC juga menyatakan beliau akan melancarkan talian telefonnya sendiri iaitu Best Mobile pada penghujung Mei nanti.

Sumber: Forum CariGold

06 November 2014

Terkejut Bil Telefon Cecah Ratusan Ringgit

KOTA TINGGI - Seorang lelaki di sini, terkejut selepas mendapati bil telefon diterima, empat kali ganda berbanding biasa sebaik menggunakan telefon pintar baharu sejak tiga bulan lalu.

Mohd Noh Kamarudin, 56, menyedari kejadian itu selepas pihak syarikat telekomunikasi terbabit memotong talian dan menyuruhnya membayar bil perkhidmatan telefon.


Menurutnya, dia yang tidak melanggan pakej internet berasa hairan selepas melihat bil yang dihantar syarikat telekomunikasi itu mengenakan caj RM300 pada September dan Oktober.

Sebelum ini saya hanya menggunakan telefon biasa dan bil bulanan saya paling mahal RM80 kerana nombor itu untuk buat panggilan saja.

Saya sudah buat aduan kepada syarikat telekomunikasi itu, tapi mereka beri alasan mungkin saya tak sengaja terbuka internet dan menyebabkan ia dicaj. Saya pelik kerana tak gunakan langsung internet, malah tak melanggannya.

Jika saya tak sengaja terbuka aplikasi dalam telefon sehingga menyebabkan dikenakan caj tinggi, mengapa pihak syarikat tak menghantar sebarang peringatan. Sebaliknya mereka terus mengenakan caj sehingga bil saya melambung,” katanya semalam.

Mohd Noh berkata, oleh kerana tidak berpuas hati, dia telah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Alhamdulillah ada tindakan daripada pihak SKMM selepas dua hari saya laporkan perkara itu dan pihak syarikat tersebut hanya menyuruh saya membayar bil sebanyak RM48 sahaja bagi bulan Oktober.

Saya harap orang ramai berwaspada dan bertindak jika menerima nasib sama seperti saya,” katanya.



Inilah akibatnya jika pengguna tidak faham "Pay Per Use". Nasib baik aku pakai prepaid ONEXOX. Prepaid ONEXOX tiada "Pay Per Use".

Pihak ONEXOX sengaja buat macam tu untuk mengelakkan pengguna-pengguna ONEXOX kerugian sebab bila ada "Pay Per Use" secara automatik credit kita akan dipotong atau bil akan melambung bila kita terlebih guna.

Dapatkan Prepaid ONEXOX sekarang! Kekalkan nombor sedia ada atau dapatkan nombor baru. Simkad RM10.00 sahaja!

Hubungi pengedar sah ONEXOX :

KHAIRUL ANAM
(ONEXOX Authorised Dealer)
Call / SMS / Whatsapp / Telegram
011-3244 8800

30 October 2014

Tiada Lagi Celcom Booster, Ghost atau Unlimited Internet

Terbaca artikel di blog Izwan Isaac yang memberitahu pihak Celcom sekarang ni dah upgrade sistem perkhidmatan internet mereka.

Sistem baru ni dikatakan hampir 100% berbeza daripada sistem sedia ada yang selalu berlaku kebocoran dan membolehkan pihak ketiga 'mencuri' line internet dan menjual simkad internet yang berstatus "UNLIMITED".

Info awal mengatakan kemungkinan proses unlimited dari segi BOOSTER atau GHOST tidak lagi boleh dibuat. Senang cerita, NO MORE UNLIMITED INTERNET.


Plan baru Celcom (Internet of Xpax) pulak dengar cerita dah kenakan caj "Pay Per Use" (PPU) kepada semua pelanggan. Dah ramai yang komplen kredit kena tolak akibat PPU. Caj PPU dikenakan selepas kuota internet yang dilanggan habis diguna. Caj dia 50sen/50kb. Mahal kot..

Kalau berterusan macam ni rasanya tak lama lagi mesti ramai pelanggan Celcom akan bertukar ke telco lain. Siapa nak tukar aku sarankan bertukar ke telco ONEXOX. Confirm puas hati.

ONEXOX prepaid yang menjimatkan.

Hubungi pengedar sah ONEXOX :

KHAIRUL ANAM
(ONEXOX Authorised Dealer)
Call / SMS / Whatsapp / Telegram
011-3244 8800

18 October 2014

Pelan Baru Internet of Xpax (IOX)

Hari tu aku ada terima SMS daripada Celcom Xpax beritahu tentang pelan baru yang akan ditawarkan. Tengok kat Facebook Xpax tadi nampaknya diorang dah lancarkan pelan baru tu dengan nama IOX (Internet of XPAX).

Dengan pelan baru Internet of Xpax seumur hidup anda akan mendapat 10 minit INTERNET PERCUMA 3x sehari, 10 saat PANGGILAN PERCUMA dengan setiap panggilan dan 10 GAMES PERCUMA setiap hari. Hanya dail *118# untuk mendapatkan GAMES percuma anda dan INTERNET percuma setiap hari. Nikmati juga panggilan dan SMS kadar terbaik di bandar serendah 3.3sen/min dan 4sen/sms.

Internet of Xpax (IOX)

Internet of Xpax (IOX)

Siapa guna Xpax untunglah boleh buat call selama 10 saat tanpa tolak kredit. Phone akan jadi macam walkie talkie la lepas ni. Masa call tu cakap 10 saat je lepas tu letak phone. Pastu call balik, cakap lagi 10 saat, pastu letak phone. Call 10 saat, letak. Call 10 saat, letak. Kan macam walkie talkie tu. Baru lah jimat kredit, ye dak? Haha.

Tapi aku guna ONEXOX lagi banyak penjimatan. Tak percaya boleh tanya aku.

10 October 2014

ONEXOX Prepaid Yang Menjimatkan

Entri "Tukar dari Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom" di blog Anarm.net buat aku rasa macam bangang giler sebab pakai postpaid. Rupanya dah banyak duit aku terbazir macam tu je sebab bayar bil postpaid.

Kenapa aku cakap membazir? Sebab bil postpaid aku lebih kurang RM100 lebih tapi penggunaan aku untuk call, SMS dan internet sebenarnya tak sampai RM100 pun nilai dia. Tapi tetap kena bayar RM100 lebih sebab caj yang dikenakan ikut pakej postpaid yang aku langgan.

Aku buat keputusan untuk tukar ke prepaid balik. Teringat tentang prepaid Tone Excel dan prepaid ONEXOX yang aku pernah ceritakan sebelum ni. Lepas aku buat perbandingan caj antara telco-telco yang ada kat Malaysia, aku rasa ONEXOX adalah prepaid yang lebih menjimatkan.


Kenapa Aku Pilih ONEXOX


Kelebihan Prepaid ONEXOX

  • Harga simkad hanya RM10.
  • Kadar panggilan MURAH dan MENJIMATKAN.
  • Tempoh sah kredit dilanjutkan ke 28 BULAN JIKA KEKALKAN NOMBOR LAMA dan tarikh ini bukan statik kerana ia bergerak ke depan mengikut nilai topup.
  • Tempoh sah kredit pangggilan lebih lama dengan ONEXOX.
  • Topup RM50 untuk 50 hari (RM1 / hari).
  • FREE SMS setiap bulan sehingga 1800 SMS setahun.
  • Pelan internet yang murah, laju dan tiada "pay per use".
  • 10 nombor favourite Famili & Friend ke semua talian!
  • Points untuk redeem data, airtime, dll.
  • Tak perlu maintain, nak pakai topup la...
  • Ganjaran topup percuma dan tunai "User Get User" bila ajak rakan bertukar ke ONEXOX. Itu pun jika nak ajak rakan. Tak ajak pun kita dapat berjimat juga.
  • dan banyak lagi......

Aku dah pun buat pertukaran dari postpaid ke prepaid ONEXOX. Senang je proses tukar. Hanya perlu langsaikan segala bil postpaid lepas tu hubungi ejen ONEXOX dan buat urusan MNP untuk pindahkan nombor lama ke prepaid ONEXOX.


Maklumat lanjut tentang prepaid ONEXOX boleh layari laman web www.onexox.my. Siapa rasa nak lebih berjimat mulai sekarang boleh hubungi pengedar sah ONEXOX :

KHAIRUL ANAM
(ONEXOX Authorised Dealer)
Call / SMS / Whatsapp / Telegram
011-3244 8800

27 September 2014

Internet Murah Dengan Celcom 1 Malaysia

Aku baru saja beli simkad Celcom 1 Malaysia. Payah betul nak cari. Dari bulan lepas aku dok cari kat internet akhirnya dapat jugak beli dengan kawan kat Facebook. Kat kedai takde jual dah simkad ni. Kena beli dengan ejen2 kat internet.

Aku beli simkad Celcom 1 Malaysia ni sebab harga internet dia murah, RM25 sebulan.


Masa aku beli dengan orang yang jual simkad ni, dia ada promote simkad yang aku tak pernah dengar. Simkad Hulk kalau tak silap aku. Lepas tu entah apa lagi dia merepek aku pun tak paham sangat.

Booster, untuk lajukan internet katanya. Internet takde kuota, Unlimited. Betul ke? Aku rasa macam tipu pun ada. Satu lagi.. Ghost! Ape benda tu??

Rupanya ada banyak jenis simkad kat Malaysia ni ye. Hari tu aku ada cerita simkad Tone Excel yang boleh buat duit. Lepas tu ada orang datang promote simkad OneXOX pulak. Boleh buat duit jugak katanya, macam Tone Excel. tapi harga lebih murah.

Macam-macam...