Arlene Tan? Makcik Hajjah Sitt Alwuzara?

Arlene Tan? Makcik Hajjah Sitt Alwuzara?

Arlene Tan? Makcik Hajjah Sitt Alwuzara? Siapa diorang tu? Gua tengok macam kecoh je hal ni kat internet sekarang. Kat blog-blog ada tulis pasal dia ni. Kat Facebook jangan cakap. Twitter pon ada jugak. MySpace? Err.. Gua dah lama tak bukak MySpace. Abaikan.

Katanya Arlene Tan a.k.a Makcik Hajjah Sitt Alwuzara ni dah buat hal yang membabitkan isu penghinaan ke atas agama Islam. Betul ke? Dengar citer, ada yang cakap betul. Ada jugak yang cakap salah paham je. Dan dengar citer jugak Arlene Tan dah buat report polis katanya dia difitnah. Gua malas nak google lebih-lebih cari info pasal benda ni. Kang bila dah jumpa banyak sangat info kat blog-blog, info dah bercampur aduk dalam kepale otak gua, kang tak pasal2 gua terbuat anggapan yang tak sepatutnya.

Bulan puasa ni bawak2 la share benda2 bermanfaat sikit. Masuk blog ni tengok tulis pasal Arlene Tan. Masuk blog tu, Arlene Tan lagi. Dah la tulis point yang sama je. Yang copy paste pon ada. Bosan.

Kalau isu2 menghina Islam tu, serah je pada pihak yang bertanggungjawab untuk buat kerja-kerja diorang. Jangan buat tindakan melulu hebohkan berita yang kita sendiri pon tak pasti betul ke tak. Silap haribulan, terbuat fitnah. Dosa besar gua habaq hang! Taknak gua tanggung dosa besar macam gitu. Dah la dosa sembahyang tak cukup dah berlambak. Ponteng puasa... no komen. Pastu nak tambah lagi dosa fitnah? Giler! Dosa dengan Tuhan, kita boleh doa mintak ampun mintak maaf. Buat dosa dengan orang, mintak maaf pon kalau orang tu taknak maaf, seksa hidup kita dunia akhirat.

Harap2 isu panas pasal Arlene Tan or Makcik Hajjah Sitt Alwuzara ni dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab. HIDUP ISLAM!

0 Komentar untuk "Arlene Tan? Makcik Hajjah Sitt Alwuzara?"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info