Atasi Masalah Komen Spam di Blogspot

Terkejut beruk sekejap tadi masa tengah check komen-komen dalam blog aku ni. Bila aku check kat bahagian spam, ada banyak giler komen. Entah dari mana datangnya komen-komen yang merepek tu. Ayat macam bagus tapi rupanya komen yang takde kaitan langsung dengan entri.

Komen-komen spam macam ni biasanya dia auto kan? Pakai 'robot' kan?


Banyak komen spam yang dok promote barang seperti custom t-shirt, casing iPhone, jersi, kasut Nike, dan macam2 lagi. Dah la guna nama "Anonymous".

Baru kejap tadi aku google cara atasi masalah komen spam di Blogspot. Aku jumpa 3 cara untuk elakkan atau kurangkan komen-komen spam.

  1. Tetapkan siapa yang boleh komen di blog ni - Anyone / Registered User / User with Google Accounts / Only members of this blog. Aku buat blog ni untuk orang datang komen. So aku setkan kepada Anyone. Semua orang boleh komen, termasuk spammer. Haha.
  2. Comment Moderation. Sebelum ni aku setkan Never. Mungkin sebab tu banyak komen spam. So aku tukar kepada Sometimes seperti yang disarankan oleh blog NiceBloggingTips.com.
  3. Word verification. Yang ni aku memang tak suka. So aku offkan. Menyusahkan orang je nak kena taip-taip word verification sebelum dibenarkan publish komen.

Done. Harap2 setting baru yang aku buat untuk bahagian komen dapat kurangkan komen-komen spam yang masuk dalam blog ni. Kalau sesiapa tahu cara lain untuk atasi masalah komen spam boleh tak kongsikan cara tu? Mungkin korang lagi pandai bab ni. Aku blogger yang baru nak berjinak-jinak. Masih kurang ilmu.

Terima kasih.

6 Komentar untuk "Atasi Masalah Komen Spam di Blogspot"

menyusahkan orang jela robot ni.. banyak komen merepak nak kene delete..

Dulu Cbox...sekarang ni kat blogspot plak..

Spam susah nak buang...tumbuh mcm cendawan..

cbox tak pernah pakai.. tapi tengok blog2 lain yang pakai cbox memang banyak kena spam..

tau takpe.. hari2 ada je komen spam yang masuk.. penat nak delete..

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info