04 June 2011

IT Crowd lawak pecah perut

IT Crowd lawak pecah perut
Dari kiri: Roy, Jen Barber, Maurice Moss dan Douglas Reynholm

Korang pernah tengok cerita bersiri IT Crowd? Cerita berkonsepkan komedi ni banyak menang awards. Gua dah lama layan cerita ni. Semalam gua layan balik dari mula sampai habis. Memang tak rasa bosan langsung. Dah tau jalan cerita pon gua tetap gelak jugak. Memang lawak pecah perut cerita IT Crowd ni.

Cerita dia mengisahkan Roy dan Moss, 2 orang technician (IT Department) yang sangat geek/nerds kerja di sebuah syarikat besar, Reynholm Industries. IT Department ni macam 'kena pulau' sikit dengan department2 lain. Dalam syarikat tu, Roy dan Moss je yang tau tentang komputer. Pekerja2 lain semua tau guna je. Ada sesetengah pekerja tu, nak ON komputer pon tak reti. Kadang2 masalah kecik pon diorang tanye Roy dengan Moss sampai Roy dah naik menyampah nak jawab telefon bila ada staf kat company tu call tanya tentang komputer. Asyik kena bagitau benda sama je. "Have You Tried Turning It Off And On Again?"


DOWNLOAD:
The IT Crowd (Season 1-4) Download Links

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon