02 June 2011

Belajar ilmu blogging dengan blogger otai

Tak semua blogger otai tu sombong. Kadang2, bila kita berjaya bersua muka, face to face dengan blogger yang boleh dikategorikan dalam golongan blogger otai ni, korang akan dapat banyak input yang berguna.

Apa yang ramai blogger sekarang ni anggap, blogger otai sombong, tu semua kehidupan dalam dunia online. Anggapan korang terhadap blogger otai sombong tu mungkin ada betul dan ada juga salahnya. Korang rasa dia sombong sebab dia tak jawab pertanyaan korang, atau tak layan tweet korang, atau macam2 lagi lah. Kita kena tahu jugak, kita semua sebagai pengguna internet perlu jalani 2 jenis kehidupan iaitu dunia online dan dunia realiti.

Blogger otai ni kadang2 dia ada komitmen lebih pada dunia realiti dia. So, jarang online la kan. Online pun mungkin sekadar buat kerja2 yang dia rasa perlu buat. Macam pertanyaan, permintaan atau sebagainya yang datang daripada korang tu, mungkin dia rasa tak perlu respon atas sebab2 tertentu. Mungkin kita bagi soalan bodoh, mungkin dah diterangkan secara terperinci dalam entri blog dia tapi kita tak baca sampai habis dan tak cuba fahamkan, atau ada sebab2 lain. Kita pon tak tahu kan? Life kita dengan life orang2 lain pun bukan semuanya sama.

Gua pernah jugak rasa macam tu. Tapi bila fikir2 balik, kadang2 ada jugak orang tanya2 gua tapi gua tak bagi respon. Ada sebab gua buat camtu. Dah tu, buat apa kita senang2 cakap blogger otai tu sombong? Tak kena batang hidung sendiri, sedap la kita dok mengata kan..

Baru lepas jumpa sorang blogger otai tadi, gua dah dapat banyak ilmu menarik daripada dia. Soalan gua pon dah terjawab bila dah face to face dengan dia. Sebenarnya soalan tu gua tuju kat blogger otai yang lain. Tapi blogger otai yang gua jumpa ni tahu jugak jawapan terhadap persoalan gua tu. Seronok je bila persoalan dah terjawab. Siap dapat ilmu baru lagi tu. Blogger2 otai memang hebat ahh.. Gua memang respek habis la kat diorang!

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon