02 June 2011

Jakun tak pernah tengok eskalator


Rasa nak tergelak je gua tengok video ni. Haha! Tapi ada jugak rasa kesian sebab pakcik ni ketinggalan teknologi canggih yang manusia cipta. Old timer macam pakcik ni memang ramai kot gua rasa yang tak sempat nak follow perkembangan teknologi zaman sekarang. Diorang tak kisah apa2 dah pasal teknologi2 ni semua. Yang diorang tahu, teruskan hidup dan menanti saat untuk 'tinggalkan dunia'. Kita semua pun mungkin macam tu jugak nanti. Takyah nak nafikan.

Dalam video ni, nasib baik ada perempuan yang baik hati tolong tunjuk ajar kat pakcik tu macam mana nak guna binatang eskalator tu. Masa tengah naik tangga jalan, gua tengok muka pakcik tu macam rasa kagum giler. Nampak macam seronok, campur rasa takut sikit2.

Apa2 pon, terima kasih la kat perempuan yang baik hati tu. Harap2 ramai lagi yang bersikap macam perempuan tu yang sanggup untuk tolong pakcik2 makcik2 atau rakan sebaya yang kurang pengetahuan tentang dunia sekarang.

PS: Tak semua otai tu tau macam2. Kan?

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon