18 July 2014

Pesawat MAS MH17 Ditembak, Terhempas di Ukraine

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal terhempas di Ukraine berhampiran sempadan negara dengan Rusia, menurut laporan Interfax.

Jurucakap Malaysia Airlines memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai maklumat pada masa ini. Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara.


Pesawat MAS MH17

Pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine

Agensi Trafik Udara Ukraine melaporkan pesawat Malaysia Airlines MH17 disahkan terhempas berhampiran sempadan Ukraine-Rusia. Reuters, memetik Interfax juga melaporkan bahawa pesawat itu ditembak jatuh pada ketinggian 10 km di atas timur Ukraine, yang menjadi medan pertempuran perang antara tentera kerajaan Ukraine dan pemberontak pro-Rusia.

Bangkai pesawat MAS MH17

Asap pesawat MH17 yang ditembak di Ukraine

Serpihan pesawat MH17 yang ditembak jatuh

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon