17 August 2014

Ping Entri di Group Facebook

Kadang-kadang aku tak faham jenis orang (blogger) yang suka ping entri blog di group Facebook. Kalau ping dekat 1 group je tak kisah sangat. Ini tak. Ping kat semua group yang dia join. Dah la dia ping dalam jangka waktu yang sama atau beza sikit je 2-3 saat.

Nak ping entri tak salah. Tapi kena la ada teknik untuk ping entri blog tu. Bukan main ping je bertalu-talu atau membuta tuli macam tu. Sepatutnya blogger kena rancang timing untuk ping entri di group Facebook.

Ahli Group FB Orang Yang Sama

Macam apa yang blogger Kak Jie pernah bagitau. Kebanyakan ahli group di Facebook biasanya adalah orang yang sama di grup-grup lain juga. Kalau kita ping sekaligus kat semua group, hanya orang yang sama je yang akan nampak.


Bila dah banyak sangat ping kadang2 boleh buat orang rasa meluat sebab asyik nampak ping dari dia sorang je. Tambah-tambah blogger yang jenis update banyak entri dalam 1 hari. Setiap kali update blog, setiap kali tu jugaklah akan nampak dia ping di group Facebook. Kalau entri menarik takpe juga.

Lepas ni aku nak leave group Facebook yang kurang aktif. Group yang ahlinya orang yang sama pun aku nak leave jugak. Group yang pada asalnya untuk buat discussion lepas tu jadi tempat ping entri pun aku akan leave.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon