22 August 2017

Nama Rasmi Android O — Android Oreo 8.0

Google akhirnya dah umumkan nama akhir untuk versi Android 8.0, iaitu Android Oreo.

Setelah beberapa gosip bermain di internet sebelum ini tentang maksud sebenar 'O', akhirnya Google memilih untuk menamakan sistem operasi baru mereka menggunakan nama sejenis biskut.

Android Oreo

Ianya merupakan kali ke-2 di mana Google menggunakan nama sejenis biskut untuk sistem operasi Android. Sebelum ni mereka menamakan sistem operasi 4.4 dengan nama KitKat, dan kali ini mereka menggunakan nama biskut Oreo.

Nama Sistem Operasi Android Versi Sebelum Oreo


Cupcake:
- Android 1.5

Donut:
- Android 1.6

Eclair:
- Android 2.0
- Android 2.1

Froyo (ringkasan Frozen Yogurt):
- Android 2.2

Gingerbread:
- Android 2.3

Honeycomb:
- Android 3.0
- Android 3.1
- Android 3.2

Ice Cream Sandwich:
- Android 4.0

Jelly Bean:
- Android 4.1
- Android 4.2
- Android 4.3

KitKat:
- Android 4.4

Lollipop:
- Android 5.0
- Android 5.1

Marshmallow:
- Android 6.0

Nougat:
- Android 7.0
- Android 7.1

Android Oreo

Melalui percubaan beta, Android O mempamerkan beberapa ciri menarik seperti sokongan gambar ke gambar, titik notifikasi, emoji yang direka semula bersama tambahan baru, binaan dalam Google Play Protect, menghadkan penggunaan aplikasi yang dijalankan secara latar belakang, boot yang lebih pantas, dan sokongan untuk Android Instant Apps.

Sumber: wiser.my

19 August 2017

Ikon Baharu 1 Malaysia Negaraku

Ikon 1Malaysia yang baharu diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri.

Penyerahan tersebut disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Lim Kok Wing selaku Penyelaras Program Khas kepada Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku diserahkan kepada Perdana Menteri

Sejak pelancarannya, inisiatif 1Malaysia telah diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan Ikon 1Malaysia telah menjadi simbol yang paling dikenali di negara ini yang merangkumi prinsip yang berteraskan keterangkuman, kesatuan dan kebersamaan.

Ikon baharu 1Malaysia yang menggabungkan Jalur Gemilang dan Negaraku ini akan menjadi satu simbol yang menguatkan mesej dan memberikan platform yang lebih khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Sambil mempamerkan imej sebuah negara yang bersatu-padu dan ikonik, ikon baharu ini memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kesetiaan dan komitmen mereka terhadap perpaduan dan keharmonian melalui 1Malaysia Negaraku.

Warna Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku

Pelancaran rasmi Ikon 1Malaysia Negaraku akan diadakan pada 23 Ogos 2017 dalam majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri.

Logo 1Malaysia Negaraku ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KKMM di www.kkmm.gov.my.

Sumber: Facebook KKMM

08 August 2017

Kaki Remaja Australia Dimakan Kutu Laut Pemakan Daging (Sea Lice)

NGERI | Seorang remaja Australia, Sam Kanizay (16 tahun) mengalami pendarahan tanpa henti di kedua-kedua bahagian kaki setelah dia merendamkan kakinya di laut Dendy Street Beach, Brighton.


Niatnya yang ingin menyejukkan badan selepas latihan bola sepak bertukar menjadi mimpi ngeri setelah kakinya berdarah tanpa henti sehingga dikejarkan ke hospital.

Apa puncanya? Disebabkan oleh kutu laut pemakan daging, atau dikenali sebagai Sea Lice. Mengerikan!



Adakah di Malaysia pun ada juga kutu Sea Lice ni? Mungkin ada. Jadi, hati-hatilah bila nak berkuak lentang di laut ye..

06 August 2017

Rela Jadi Lone Ranger Dari Ada Kawan Macam Sampah

Bagi aku, kawan sekarang hanya menumpang kesenangan, cari bila susah dan campak bila senang. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya ada di bawah.

Aku bawa motor kat universiti ni sejak first year lagi. Senang nak ulang alik ke kelas dan pergi kerja part time. Aku kerja part time kat Starbucks.

Satu malam tu nasib aku tak berapa nak baik, tayar motor aku pancit waktu nak balik. Dekat area depan sikit dari Alamanda. Masa tu lebih kurang pukul 11.30 malam.


Apa lagi, aku call lah kawan sekelas aku, aku call kawan kolej aku, aku call kawan yang belajar dengan aku waktu nak final exam dan aku call kawan semasa aku buat LAX.

Tapi aku kecewa sangat-sangat. KECEWA. Seorang pun tak boleh nak tolong aku, datang ambil aku masa tu. Malam-malam aku rasa dah tak ada yang buat servis tukar tiub. Lagipun aku baru first year, tak tahu lagi selok belok kat KL @ Selangor @ Putrajaya ni dan aku orang Johor.

Aku call kawan, banyak bagi alasan. Nak main PES la, tengah lepak mamak lah, tengah OTP lah, nak tidur lah. Habis aku tidur kat tepi jalan? Macam tu?

APA LAGI.. Terpaksa aku heret motor aku macam orang gila malam-malam. Ada je yang lalu kat situ, aku lambai-lambai tapi buat tak tahu je. Sakit hati.

Alhamdulillah, sampai berhampiran Hospital Serdang, ada seorang abang ni bagi aku tumpang kereta dia. Tamat 'larian kampus' aku malam tu. Motor aku tinggal je kat situ, esoknya baru pergi check balik motor tu.

So, mana kawan-kawan yang sangat-sangat aku 'sanjung' selama ni? Kalau setakat minta tolong macam tu dah tak boleh. Brotherhood lah apa lah. Mana?


Now, aku dah final year. Dari first year sampai final year, aku minta maaf kalau aku tak balas WhatsApp, angkat call, tak bercakap dengan korang dekat kelas sebab aku dah tak anggap korang kawan-kawan aku lagi.

Aku rela jadi Lone Ranger dari ada kawan-kawan yang macam sampah.

Aku boleh MOVE ON tanpa ada kawan-kawan SAMPAH. Aku repeat, SAMPAH. Kalau kau kawan aku, kau tak akan biarkan aku malam tu. Aku dah jarang lepak sekali. Aku hanya ada mak ayah aku, adik beradik aku sahaja yang boleh diharap.

Kawan kalau beribu pun, tak boleh minta tolong waktu susah, tak guna jugak. Sekian.

Sumber: Putra Confessions

10 June 2016

Cara Buat Air Nabeez (Air Rendaman Kurma atau Kismis)

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis yang direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas air yang bertutup) untuk diminum keesokkan paginya. Mengikut sumber tertentu, ia dikatakan sebagai minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) kemudian meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya. Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.

Cara Buat Air Nabeez (Air Rendaman Kurma atau Kismis)

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini. Salah satunya riwayat dari Imam Muslim, iaitu seperti berikut:

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya”.

Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya di pagi hari”. (HR Muslim)

Berbicara mengenai infused water, orang barat baru sekarang faham dan baru mempopularkan khasiat infused water ini. Tetapi Nabi telah lama melakukan hal ini.

Dari segi kesihatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai:
  1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
  2. Tinggi kandungan fiber yang dapat menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
  3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
  4. Kaya akan pottassium yang penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez adalah minuman yang mengandung alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Ianya juga membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya dari dalam tubuh.

Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Elok buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama sangat, lebih 3 hari jadi masam dan tak boleh diminum.

Cara Menyediakan Air Nebeez Kurma

  • Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
  • Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
  • Sahur esok air tu dah boleh diminum.
  • Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
  • Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa. Tapi bila tak ada, ambil kurma yang lain.

Cara Menyediakan Air Nabeez Kismis

  • Caranya ambil segenggam kismis, kemudian direndam dalam segelas air.
  • Biarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.

LARANGAN: Tidak boleh mencampurkan sekaligus buah kurma dan kismis dalam satu bekas, buatlah asing air nabeez kurma atau kismis, dan jangan minum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki lebih daripada 3 hari.

03 May 2016

Resipi — Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Malam ini abang nak kongsikan dengan kau orang resipi power untuk orang suka eksesais (bersenam). Kalorinya kau kira sendiri. Kahkahkah. Tak payah ada oven. Senang banget dong.

Resipi ini namanya Chewy Gooey Prune Peanut Butter.
Bahan-bahannya ialah:
  • 2 cawan peanut butter
  • 2 cawan corn flakes
  • 1/4 cawan badam cincang
  • 1/2 cawan prune
  • 250gm dark choc
Cara-caranya kau tengok gambar.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Cairkan peanut butter dengan teknik bain marie – air panas kat bawah, alik atas mangkuk. Guna meja anak kau, baru rasa harmoni.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Cairkan macam ini.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Masukkan corn flakes.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Kacau rata macam ini.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Masukkan badam. Kacau rata juga. Ha, bakar dulu badam tu.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Tuang dalam bekas, kau tekan-tekan sikit guna sudu. Sudu, bukan garpu.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Lepas tu susun buah prune sambil pegang tangan isteri kau. Wah romentik.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Cairkan dark choc guna microwave. Tuang terus. Kalau tak ada microwave, kau letak bawah peti ais. Hahaha.

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Sejukkan sejam dalam peti ais. Siap! Sedap woih!

Resipi Chewy Gooey Prune Peanut Butter

Haha nampak sangat belum sejuk dah potong. Kahkahkah. Cubalah.

Oh ya. Makan satu portion sahaja sehari. Ramai benar salah faham. Kan sudah diberitahu makanan ini sesuai untuk orang sedang bersenam.

Copy & Paste dari : The Vocket

20 April 2016

Simkad Tone Excel : Haram Kerana Berunsur Helah dan Riba Tanpa Sedar!

Di sebalik #kisahbata dan Simcard Tone Excel — Satu Pandangan

Simkad Tone Excel haram, ada unsur riba

Terlalu banyak pertanyaan diterima tentang #ToneExcel. Saya pernah tulis di muamalat.my tapi tidak menjawabnya secara 'direct to the point'. Kali ini supaya lebih faham, terutama para ustaz dan penuntut muamalat, perhatikan baik-baik.

Dalam proses 'tahqiq al-manat', situasi ini, dalam usul fiqh (teori hukum Islam) dikenali sebagai 'al-khafi'. Al-khafi ialah satu situasi yang mana 'al-manat' atau objektif hukum itu sudah jelas pada peringkat teori, tapi kabur dalam aspek pelaksanaannya, lantaran kesukaran kita untuk mengkonsepsikan realiti dalam bentuk yang jelas. Yang kabur itulah saya jelaskan dalam bentuk tamsilan mudah melalui #kisahbata.

#kisahbata sebenarnya bertujuan untuk menjelaskan hakikat sebuah perniagaan. Adakalanya kita dikelirukan dengan kewujudan produk, akad, dan perniagaan. Kekeliruan ini tidak sekadar mengelabui mata pencinta harta, bahkan mengelirukan para ustazah dan para penuntut muamalat Islam.

Kisah bata dijual dengan harga mahal seperti simkad tone excel

Daripada contoh #kisahbata, kita dapat lihat wujud unsur utama kontrak. Iaitu, akad yang jelas, produk yang 'real', dan kelebihan yang betul. Namun, 'common sense' kita dapat kesan bahawa kontrak itu bukanlah jual beli yang sebenar yang diiktiraf oleh agama.

Adakah boleh kitakan jual bata itu harus, kerana kita tidak memaksa pembelinya untuk menjual bata jenama yang sama kepada orang lain? Adakah boleh kita katakan harus, jual bata dengan harga setinggi itu, hanya kerana adanya 'mutual consent'?

Walaupun bata itu ada gunanya untuk membuat rumah, tapi itu bukan tujuan utama pembeli bata. Pembeli bata tidak mahu produk, tapi mahu kelebihan yang lain. Dan kelebihan yang lain itu tidak akan diperolehi kecuali dengan menjual bata yang mahal itu, sedangkan bata lain yang murah yang seumpamanya ada di pasaran.

Inilah yang berlaku dalam Simcard TE, yang merupakan simcard Tune Talk yang dimahalkan harganya hanya kerana untuk menjana pendapatan pasif.
  • Anda boleh dapatkan sim kad TuneTalk dengan harga RM30 (termasuk GST) dengan kredit isian RM45 + 1.5GB data! Tapi ToneExcel harganya RM98.60 (termasuk GST). Perbezaan harga sangat ketara.
  • Semua kelebihan yang dinyatakan dalam TE ada dalam TT. Jadi mengapa TE perlu mahal?
  • Call rate TE sangat mahal 28 sen berbanding TT 16 sen, 75% lebih mahal berbanding TT. Tidaklah menguntungkan jika setiap kali topup dapat bonus, atau downline yang topup, upline dapat percentage bonus, kerana anda telah bayar lebih 75% daripada produk asal. Anggarkan jika penggunaan RM160 TT, pengguna TE bayar RM280!
  • Produk TE menawarkan point untuk beli tiket AirAsia, produk TT pun sama.
  • Produk TE menawarkan insurans konvensional sama seperti TT. Ini pun satu masalah, apabila secara tidak langsung anda terlibat dengan insurans konvensional. Syaratnya topup RM50.
Ringkasnya, semua harga termasuk sim card dan kos panggilan dinaikkan, hanya untuk mencipta satu skim pendapatan pasif, sama sahaja 100% dengan #kisahbata yang anda baca.

Kita tidak kisah jika Simcard ToneExcel mahal jika:
  • Nombornya cantik, contohnya 0111-999 2020, at least berbaloi; atau
  • Tempoh jangka hayat yang panjang, contohnya tak perlu topup 8 tahun, berbaloi; atau
  • Data 100GB sebulan free, at least, berbaloi
  • Atau apa sahaja yang common sense atau 'uruf masyarakat boleh nilai sebagai berbaloi. Tapi ia tidak wujud dalam produk ini kecuali dengan menjual semula kepada orang lain.
Di kala masyarakat kita sibuk membantah GST cuma 6% untuk kredit tambah nilai, TE menaikan harga simkad mereka sehingga lebih 300% dan menaikkan kadar panggilan sehingga 75% hanya untuk menghidupkan skim pendapatan pasif dengan jualan semula.

Jelas, tanpa berselindung lagi, saya kali ini tidak dapat mencari sebarang alasan untuk tidak mengatakan simcard ini adalah berunsur piramid, gharar, dan mengandungi unsur al-ghubn al-fahisy, iaitu eksploitasi kerelaan untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.

Jika dilihat pula fatwa-fatwa antarabangsa tentang isu produk yang dinaikan harga seperti ini, dan tujuannya iaitu untuk mewujudkan satu sistem piramid, menurut fatwa oleh Lajnah al-Buhuth wa al-Ifta, Arab Saudi, juga oleh Darul Ifta', Jordan, Darul Ifta Mesir, adalah haram kerana berunsur riba (secara helah), gharar, dan eksploitasi kerelaan.

Walaupun produk itu wujud, tapi produk itu bukanlah sesuatu yang diinginkan, yang diinginkan adalah keuntungan hasil jualan semula produk yang sama yang mahal, sedangkan produk lain seumpamanya wujud di pasaran.

Menurut mereka, alasan wujudnya barang untuk dikatakan sebagai harus, tidak boleh dipakai kerana produk hanya helah, yang dikehendaki bukan produk. Kalau inginkan produk, beli sahaja TT, lebih murah.

Produk ini juga tidak menepati kriteria produk yang digariskan oleh Garis Panduan MLM JAKIM iaitu: kerana melibatkan elemen riba. (a) Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang perkhidmatan.

Namun, ada cara untuk jadikan produk Skim TE ini agak patuh Syariah. Tidak susah bagi pemasaran yang ada produk untuk jadi patuh Syariah. Caranya ialah jadikan simkad ini berbaloi kepada pembeli dengan harga yang mahal, seperti yang dinyatakan di atas.

Cadangan saya, berikan nombor yang cantik dan berbaloi, atau tempoh jangka hayat yang panjang dan berbaloi, atau paling kedekut pun panggilan yang sangat rendah berbaloi dengan simkad yang dibayar. Bukan beri kelebihan kerana menjual semula sim kad itu.

Ya, mungkin sah di sisi undang-undang, tapi dalam dunia kapitalis sekarang ini, banyak perniagaan yang "legally right but morally wrong". Sebenarnya tanpa melihat hukum agama pun, common sense boleh menilainya.

Sebagai kesimpulan, ini sekadar pandangan peribadi berasaskan penelitian saya, dan pandangan saya tidak mengikat anda untuk menerimanya. Anda bebas untuk bersetuju atau tidak.

Cuma jika anda tidak bersetuju dengan pandangan ini, anda mungkin boleh bersetuju jika kita jual bata binaan itu dijual dengan harga RM100 sebiji!

Wallahu A'lam.

Rujukan maklumat:
http://www.toneexcel.my
http://www.tunetalk.com/my

Sumber: Muamalat.my

01 April 2016

Jangan Terima Duit Yang Ada Kesan Dakwat

Anda pernah terima duit yang ada kesan dakwat? Kalau tak pernah, lepas ni kena beringat, jangan terima duit yang ada kesan dakwat ye.

Kesan dakwat pada duit dari mesin ATM

Untuk pengetahuan anda, jika anda menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat (ink) seperti dalam gambar tak kiralah di kedai atau di mana-mana, harap anda jangan menerimanya. Ini kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM.

Semua ATM di seluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini. Jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin akan menyemburkan dakwat ke semua duit yang ada dalam mesin tersebut.

Dakwat pada duit rompakan mesin ATM

Teknologi 'bom dakwat' ini berfungsi apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya. Mesin secara automatik akan mengeluarkan dakwat ke wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya.

Harap anda semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil.

Sila sebarkan untuk manfaat bersama.