19 August 2017

Ikon Baharu 1 Malaysia Negaraku

Ikon 1Malaysia yang baharu diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri.

Penyerahan tersebut disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Lim Kok Wing selaku Penyelaras Program Khas kepada Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku diserahkan kepada Perdana Menteri

Sejak pelancarannya, inisiatif 1Malaysia telah diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan Ikon 1Malaysia telah menjadi simbol yang paling dikenali di negara ini yang merangkumi prinsip yang berteraskan keterangkuman, kesatuan dan kebersamaan.

Ikon baharu 1Malaysia yang menggabungkan Jalur Gemilang dan Negaraku ini akan menjadi satu simbol yang menguatkan mesej dan memberikan platform yang lebih khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Sambil mempamerkan imej sebuah negara yang bersatu-padu dan ikonik, ikon baharu ini memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kesetiaan dan komitmen mereka terhadap perpaduan dan keharmonian melalui 1Malaysia Negaraku.

Warna Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku

Pelancaran rasmi Ikon 1Malaysia Negaraku akan diadakan pada 23 Ogos 2017 dalam majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri.

Logo 1Malaysia Negaraku ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KKMM di www.kkmm.gov.my.

Sumber: Facebook KKMM

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon