20 February 2012

Alarm telefon Android

Mata gua ni dari tadi tak boleh nak lelap. Pagi nanti nak pegi kerja. Ada jugak gua terlajak tido tak pegi kerja ni kang. Dah berapa kali dah jadi camtu.

Alarm telefon gua ni pun tak boleh pakai. Bunyi macam tak bunyi je. Pelan sangat. Macam mana gua nak terkejut pagi2.

Ada sape2 tau apps alarm yang best untuk telefon Android? Yang bunyi alarm dia kuat, tak berhenti bunyi selagi tuan dia tak bangun tutup. Ada tak?

15 February 2012

Betul-betul Masalah

Semua orang pernah ada masalah, betul tak? Gua pon kadang2 ada masalah juga. Tapi korang tahu tak masalah yang kita panggil 'masalah' tu sebenarnya bukanlah satu masalah? Ianya adalah satu UJIAN daripada Allah SWT.

Setiap ujian ada jalan penyelesaian. Macam ujian soalan2 peperiksaan. Tak kiralah soalan periksa PMR ke, SPM ke atau sebagainya, ia tetap ada jalan dan cara untuk dapatkan jawapan. Kalau susah sangat pun masih boleh jenguk tiru jawapan member kat sebelah.

Masalah yang betul2 masalah kalau korang nak tau adalah ketika kita dalam kubur nanti. Kita akan berdepan dengan soalan2 daripada malaikat yang telah ditugaskan untuk menyoal kita. Pada masa tu, kalau amal ibadat kita tak cukup, memang takkan boleh jawab soalan malaikat tu walaupun 1 soalan. Nak tiru jawapan member pon dah tak boleh.

So, korang boleh nampak tak apa maksud MASALAH tu? Kalau taknak ditimpa masalah, berdoa dan mohonlah dengan Allah SWT yang Maha Berkuasa. Banyakkan amal ibadat sebagai bekalan dan panduan bagi kita untuk berdepan dengan 'masalah' tu. Hanya korang sendiri je yang boleh selesaikan masalah tu. Takde pertolongan dari sape2 dah..

08 February 2012

Cara baca Al-Fatihah dengan betul


Rupanya selama ni gua salah baca lagi surah Al-Fatihah. Ingatkan dah betul dah. Terima kasih kepada @ohtweet kerana berkongsi link video ni di Twitter.

Pekerja KFC tumbuk pelanggan


Terbaca entri di blog Denaihati.com tentang pekerja KFC tumbuk pelanggan. Tak tau sebab apa. Menurut Denaihati yang mendapat tahu kes ni dari blog Alantanblog.com, kejadian pekerja KFC tumbuk pelanggan ni berlaku di KFC i-City, Shah Alam.

Memalukan KFC Malaysia jela pekerja tu. Rasa2 mangsa tumbuk tu mesti ambil tindakan undang2. Jenuh la KFC Malaysia nak menjawab. Tak guna punya pekerja. Akal fikiran letak kat kaki kot gamaknya. Tak reti nak berfikir.

Reply daripada KFC di Facebook fan page berhubung kes ni:
Dear all, thanks for your concerns in highlighting this issue to us. We have begun the investigation on this issue immediately and we assure you that all appropriate action will be taken and any violations of our strict operating standards have been addressed. Thanks.
 

Browser Chrome for Android BETA


Nampaknya browser Chrome dah boleh guna di Android device. Tapi masih dalam peringkat BETA. Test sekejap tengok macam mana dia punya performance. Kalau OK, boleh set jadikan default browser. Kalau KO, gua pakai Dolphin browser jela. Sape2 nak cuba try test browser Chrome ni boleh download di Android Market.


 

01 February 2012

Datang Kerja Pada Hari Cuti

Gua masuk office macam biasa hari ni. Lewat 15 minit. Dah pukul 9 budak2 office gua sorang pon takde nampak batang hidung lagi. Gua turun bawah kejap pergi hisap rokok. Sekali pak guard sound gua, "Rajin nampak hari ni". Gua senyum je sambil sedut asap Gudang Garam. Lepas tu gua sembang2 kejap dengan pak guard tu yang dipanggil Wak Kasan. Sempat lagi dia pau rokok gua. 2 batang.. Huh!

Sembang punya sembang punya sembang, rupanya hari ni Cuti Hari Wilayah Persekutuan!! Patut la dah pukul 9 lebih gua sorang je yang datang office. Macamana gua boleh tak tau hari ni KL cuti.

Nak balik rumah ke nak lepak office layan movie? Gua balik pun bukan ada mainan kat rumah. Lepak office jela. Tengahari kang baru gua balik rumah tidur.