06 March 2012

Beli Domain Dot Com Harga Diskaun

Blog gua sekarang dah ada domain dot com. Yahoo! Dah lama rasanya gua plan nak beli domain sendiri tapi tak berapa yakin. Blog ni pon macam gua sorang je yang tulis, yang baca, takde tetamu masuk pon. Sedih..

Petang tadi budak anarmnet hantar text ke telefon gua bagitau ada domain dot com jual murah2. Gua tanya "berapa ringgit?" Dia jawab "2 dollar". Gua balas balik "Bangang!".. Gua ingat dia nak kencing gua, rupaya memang betul 2 dolar sebab beli dengan company oversea - NameCheap. So duit dia kira dalam dollar USD. Tak pasal2 dia kena bangang. Haha! Sori bro.. Terus gua suruh dia tolong angkat domain cetusansuara.com yang blog gua tengah pakai sekarang ni. Nak beli sendiri tak reti. Terpaksa mintak tolong dengan orang yang lebih pakar.

Oleh sebab gua dah start keluar duit beli domain berbayar, lepas2 ni gua kena usaha marketkan blog gua ni biar dapat ramai visitor. Gua nak kena study lagi cara nak jadi blogger hebat. Biar dapat buat duit dengan blog. Dapat RM5,000 sebulan pon dah kira ok.. Boleh ke?

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon