18 March 2012

Jom tengok movie kisah benar Billionaire Thailand

The Billionaire merupakan sebuah filem Thai yang diangkat ke layar perak berdasarkan daripada kisah benar seorang taikun snek - Top Ittipat. Bermula dari usia 16 tahun, Top adalah seorang yang tiada arah tuju dalam hidupnya dan terlalu gila bermain permainan video online. Pada usia 17 tahun, Top berhenti sekolah untuk menjadi penjaja kacang. Pada usia 18 tahun, Top terpaksa hidup merempat setelah keluarganya diistiharkan muflis dan meninggalkan hutang sebanyak 4O juta baht.


Pada usia 19 tahun, Top telah mencipta snek rumpai laut yang dinamakan Tao Kae Noi dan dijual di 3 ribu cawangan 7-Eleven di Thailand. Kini, di usia 26 tahun, Top adalah taikun snek yang paling berjaya di Thailand dengan jumlah penghasilan sebanyak 800 juta Baht setahun dan mempunyai 2000 pekerja.

Top mengukir nama sebagai jutawan seawal usia 23 tahun. Siapa sangka remaja nakal yang gemarkan permainan video, gagal dalam pelajaran, sering menjadi bahan ketawa di sekolah, akhirnya berjaya mengubah hidup dan kini bergelar jutawan. Itulah dia, Top Ittipat dan ini adalah kisah benar hidupnya.

JOM LAYAN!!


Download Link: Top Secret The Billionaire

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon