Showing posts with label pelaburan emas. Show all posts
Showing posts with label pelaburan emas. Show all posts

13 December 2011

Bila nilai USD itu 'mati'

USD atau US Dollar merupakan mata wang utama dunia yang dimiliki oleh Amerika Syarikat. Di mana-mana negara, mata wang USD diterima oleh semua orang kerana mempunyai 'nilai'. Bila kita terdengar perkataan "USD" dari percakapan ahli-ahli bisnes yang sedang meeting, mungkin kita akan fikir perbincangan itu berkait tentang bisnes yang cukup lumayan dan hebat hasilnya.

Namun begitu, USD tetap adalah wang fiat. Wang fiat bergantung pada keyakinan pengguna. Sekiranya pengguna sudah tidak yakin dan kurang permintaan ke atas wang fiat itu, maka nilainya akan jatuh dan mampu jatuh hingga ke tahap SIFAR!

Ramai pakar ekonomi dunia yang sudah menjangkakan kejatuhan mata wang USD suatu hari nanti. Bila berlakunya perkara itu, ianya akan turut memberi kesan kepada mata wang negara-negara lain termasuklah Ringgit Malaysia!

Mari kita lihat satu video dari National Inflation Association (NIA) yang berpusat di Amerika Syarikat. Video fiksyen yang bersifat ilmiah ini menunjukkan kehancuran mata wang USD. Ini bukanlah sekadar fiksyen kosong tapi kebarangkaliannya akan berlaku adalah tinggi.


Jika kita inginkan mata wang yang sentiasa bernilai, pilihlah EMAS kerana sudah terbukti sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga sekarang, nilai emas adalah sentiasa LUMAYAN. Begitulah hebatnya emas, mata wang Islam.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam memberitahu bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

 

03 December 2011

Kadar Dividen Pelaburan Tahun 2011

Kadar Dividen Pelaburan Tahun 2011

Jom melabur beli emas! Kadar dividen lagi banyak. Tengok la gambar atas tu kalau tak percaya.

 

02 December 2011

Untunglah urusniaga guna dinar emas


Tengookk! Untunglah urusniaga guna dinar emas. Harga nasik lemak makin lama makin meningkat. Begitu juga harga kambing. Tapi, kalau urusniaga jual beli kambing tu dibuat menggunakan dinar (emas), harganya tetap sama 1 dinar daripada dulu sampai sekarang.

Jom kita beli emas. Simpan banyak2. Bila harga emas meningkat naik, kita jual. Untung tak? Ofkos laa untung..

Emas masih lagi mampu dimiliki sekarang ni. Sebelum harganya makin meningkat, baik kita beli sekarang. Tunggu lama2 nanti harga emas dah mencecah nilai tinggi, langsung tak mampu nak beli. Rugi laa..