Juara Maharaja Lawak 2011 - SEPAH

Juara Maharaja Lawak 2011 - SEPAH

Tahniah diucapkan kepada kumpulan SEPAH sebab dah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak. SEPAH yang dianggotai oleh 3 jejaka kacak iaitu Jep, Mamat dan Shuib membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua Maharaja Lawak 2011 dimenangi oleh JOZAN - Johan dan Zizan. Diorang menang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250,000 dan sebuah trofi. Nabil sekadar mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 dan juga sebuah trofi. Kumpulan JAMBU yang dianggotai oleh Yus dan Tauke pula mendapat tempat keempat di mana hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi kemenangan.

Antara empat-empat peserta tu, gua memang dah bajet SEPAH akan jadi juara Maharaja Lawak. Kalau tak SEPAH, mungkin dapat kat JOZAN. Persaingan memang sengitlah gua rasa. Nabil punya lawak makin lama makin tak berapa best. Ada sesetengah part je gua gelak. Tu pon gelak kejap je. JAMBU punya lawak pulak makin lama makin tak paham langsung. Storyline bersepah. Yang kelakar sebab diorang pandai main mimik muka.

Tahniahlah buat semua pemenang. Banyakkan lagi idea lawak korang tu ye. Biar sampai keluar muka depan sokkaba ada penonton pecah perut sebab gelak melampau sangat tengok korang buat lawak.

0 Komentar untuk "Juara Maharaja Lawak 2011 - SEPAH"

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini ye. Terima kasih.

 
Copyright © 2014 Cetusan Suara - All Rights Reserved
Template By Catatan Info