Showing posts with label Sepah. Show all posts
Showing posts with label Sepah. Show all posts

25 June 2011

Juara Maharaja Lawak 2011 - SEPAH

Juara Maharaja Lawak 2011 - SEPAH

Tahniah diucapkan kepada kumpulan SEPAH sebab dah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak. SEPAH yang dianggotai oleh 3 jejaka kacak iaitu Jep, Mamat dan Shuib membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua Maharaja Lawak 2011 dimenangi oleh JOZAN - Johan dan Zizan. Diorang menang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250,000 dan sebuah trofi. Nabil sekadar mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 dan juga sebuah trofi. Kumpulan JAMBU yang dianggotai oleh Yus dan Tauke pula mendapat tempat keempat di mana hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi kemenangan.

Antara empat-empat peserta tu, gua memang dah bajet SEPAH akan jadi juara Maharaja Lawak. Kalau tak SEPAH, mungkin dapat kat JOZAN. Persaingan memang sengitlah gua rasa. Nabil punya lawak makin lama makin tak berapa best. Ada sesetengah part je gua gelak. Tu pon gelak kejap je. JAMBU punya lawak pulak makin lama makin tak paham langsung. Storyline bersepah. Yang kelakar sebab diorang pandai main mimik muka.

Tahniahlah buat semua pemenang. Banyakkan lagi idea lawak korang tu ye. Biar sampai keluar muka depan sokkaba ada penonton pecah perut sebab gelak melampau sangat tengok korang buat lawak.

18 June 2011

Maharaja Lawak - Jozan, Sepah, Nabil atau Jambu?


Nampaknya bahang kehangatan Maharaja Lawak kian terasa. Gua lepak kat kedai tadi layan Maharaja Lawak, hampir-hampir pecah perut dok gelak kaw2 tengok diorang buat lawak atas pentas. Jozan dan Sepah awal-awal dah diumumkan akan ke Final Maharaja Lawak. Memang patut pon sebab lawak diorang memang kelakar tak hingat.

Lepas tu Nabil pulak diumumkan akan ke Final. Selamat lu Nabil. Jambu dan R2 terkeluar. Tapi pengkritik kita, Ahmad Idham menggunakan immuniti malam ni ke atas Jambu. Gua dah bersorak keriangan bila dengar Jambu masuk Final. Kalau Jambu tak masuk final, lepas ni tak bleh nak tuju lagu dah la.

Untuk R2, gua nak cakap sikit je. "Apa pon tak bleh!"