31 May 2011

Boss masuk lambat

Mentang2 dia boss. Sukehati dia je nak masuk pukul berapa pon. Kalau lambat 10 minit ke setengah jam ke takpe jugak. Kadang2 tengahari baru terpacak kat opis. Macamana nak tunjuk contoh yang baik kat pekerja? Masuk lambat, nak kata ada meeting, takde. Bangun lambat la tu. Tidur melampau. Buat apa pon tak tau malam tadi.

Gua kalau ada duit banyak, gua pon boleh jadi boss. Tapi gua taknak la jadi boss jenis masuk opis ikut sukehati macam gitu. Tepat time start kerja gua akan tunggu depan pintu opis sambil hisap rokok Surya. Baru boleh nampak staf yang datang awal, staf yang datang lambat. Yang datang lambat tu gua nak sound keras. Lepas tu ajak lepak minum teh.

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon