Tadi gua tengah syok layan video klip ghairah lakonan Shahz Jaszle. Memang tak patut video macam tu dibuat. Kalau gua ada kuasa dalam negara ni, gua dah ban terus orang yang terbabit dalam video ghairah tu. Tak elok kalau ditengok dek budak2 yang belum sunat. Apatah lagi yang dah bersunat. Yang sedang bersunat tu lagi laa.. Boleh bentan anu dibuatnya.
Tiba2 ada kereta pacuan empat roda 4X4=16 gostan atau dengan bahasa lainnya undur ke belakang (mana ada undur ke depan. Bangang!) pastu langgar motor gua yang tengah seronok parking kat depan tempat gua tengah lepak layan internet wifi free. Helmet gua jatuh berguling guling sebanyak 7 kali gua rasa tadi. Gua tengok je apa tuan kereta tu nak buat. Tapi dia boleh buat macam takde apa-apa peristiwa buruk berlaku. Gua pon dengan merah muka, gua jalan pergi kat motor gua, gua ambik helmet yang dah cedera parah akibat terguling tadi... Gua pon......... gua pon.... gua letak balik atas tank motor RXZ gua sambil mengusap manja helmet gua yang dah kotor penuh dengan pasir jalan. Pasir pantai takde sebab gua bukan lepak tepi pantai.
Gua tengok motor gua takde apa-apa kerosakan. Gua perati dekat2 bontot motor gua kot2 ada kesan calar ke terguris hati ke. Tapi tak nampak apa langsung. Penuh dengan habuk je motor gua sebab dah banyak bulan gua tak cuci motor. "Malas!" kat hati gua.
Gua memang macam ni. Tak reti nak marah2 orang. Orang buat jahat kat gua pon, gua boleh diam je. Tuan punya kereta yang langgar motor gua tadi ada datang kat gua, mintak maaf pasal tak sengaja terlanggar motor gua tadi. Gua OK je sebab dia cuma langgar motor gua dan takde apa2 kecederaan pon kat motor gua kecuali helmet gua. Tapi kalau dia langgar gua, memang time tu jugak gua masuk hospital.
31 May 2011
Orang langgar motor gua
✔
Cetusan Suara
Pada: May 31, 2011
Cetusan Suara
Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon