18 November 2011

Cuti Hari Jumaat di Kelantan

tidur semasa solat jumaatSatu persoalan datang melayang tepat di kepala otak gua pada hari Jumaat ni. Kalau di Kelantan, hari Jumaat cuti. Di Selangor ni pulak, hari Jumaat kena kerja. Gua terfikir kenapa kerajaan sini buat hari Jumaat hari bekerja? Lagi bagus di Kelantan sebab bila bercuti hari Jumaat, macam2 perkara ibadah dapat kita buat. Hari Jumaat kan penghulu segala hari. Bagus bebenor kalau buat ibadah pada hari ni. Kalau hari Jumaat bekerja, kita cuma buat kerja kat office. Silap2 ada yang ponteng solat Jumaat sebab nak siapkan kerja. Kerja urgent katakan, kena pulun buat laa. Lambat siap kang takut kena buang kerja. Takpon takut client lari cari orang lain.

Kadang-kadang, bila masuk waktu solat Jumaat, sesetengah pekerja lelaki mesti hati dia tak berapa tenang. Asyik fikir dokumen tak submit lagi, surat tak taip lagi, nak kena siap2 meja meeting untuk boss, nak kena jumpa client, macam2 hal. Jadinya tengah dok sembahyang tu kepala otak asyik fikir pasal kerja. Ada jugak yang tidur masa khutbah sebab penat bekerja. Tak ke mengganggu perjalanan ibadah tu? Di Kelantan, Jumaat hari bercuti, semua orang hati senang je. Solat Jumaat pon dapat buat dengan tenang. Apatah lagi solat 5 waktu.

Kenapa ada hari cuti berbeza di negeri2 dalam Malaysia ni? Gua pon tak paham. Yang gua tau, gua tengah banyak kerja. Solat Jumaat kejap lagi sah2 kepala otak gua akan terbayang kerja yang berlambak atas meja office ni. Bila entah nak siap kerja2 gua. Bila siap kerja ni kang datang lagi kerja lain. Tak kasi can langsung gua nak rehat2. Nasib badan..

 

Blogger sepenuh masa berasal dari Kelantan. Bekerja sendiri. Sudah berumahtangga. Menulis di blog sejak tahun 2008.

1 comment(s) so far

kerja pun satu ibadat. 

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon