
Kadang-kadang, bila masuk waktu solat Jumaat, sesetengah pekerja lelaki mesti hati dia tak berapa tenang. Asyik fikir dokumen tak submit lagi, surat tak taip lagi, nak kena siap2 meja meeting untuk boss, nak kena jumpa client, macam2 hal. Jadinya tengah dok sembahyang tu kepala otak asyik fikir pasal kerja. Ada jugak yang tidur masa khutbah sebab penat bekerja. Tak ke mengganggu perjalanan ibadah tu? Di Kelantan, Jumaat hari bercuti, semua orang hati senang je. Solat Jumaat pon dapat buat dengan tenang. Apatah lagi solat 5 waktu.
Kenapa ada hari cuti berbeza di negeri2 dalam Malaysia ni? Gua pon tak paham. Yang gua tau, gua tengah banyak kerja. Solat Jumaat kejap lagi sah2 kepala otak gua akan terbayang kerja yang berlambak atas meja office ni. Bila entah nak siap kerja2 gua. Bila siap kerja ni kang datang lagi kerja lain. Tak kasi can langsung gua nak rehat2. Nasib badan..