Dah lama tak lepak Craven Cafe. Dulu selalu jugak datang sini makan, minum dan lepak dengan kawan-kawan. Craven Cafe ni letaknya di Hentian Serdang Solaris.
Hari ni kebetulan balik dari KL tadi lalu Hentian Solaris. Aku pun singgah la kejap pekena teh ais kat Craven Cafe. Mula2 ingat nak lepak kat Starbucks tapi tengok semua meja dah penuh.
Makanan kat sini boleh dikata sedap jugak. Cuma suasana dia macam kedai mamak biasa je. Tapi malam2 biasanya ada ramai awek datang makan kat sini. Boleh cuci mata. Hehe..
Setiap kali aku datang sini makanan yang aku akan makan cuma nasi ayam madu, kuah campur dengan teh ais. Tu je.
Tagline Craven Cafe - "Famous Penang Nasi Kandar". Aku tak pernah try nasi kandar dia walaupun member-member aku cakap sedap. Aku tak reti nak bezakan makanan tu sedap atau tidak. Yang aku tahu asalkan perut aku kenyang. Sedap tak sedap belakang kira.
Kalau nak rasa Nasi Kandar Craven Cafe bolehlah datang sini dan try sendiri. Aku tak berapa minat makan nasi kandar. Tak sesuai dengan selera tekak aku.
Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon