Assalamualaikum..
Sedar tak sedar dah lama rupanya aku tinggalkan blog Cetusan Suara ni terbiar tanpa sebarang update selama 1 tahun. Lama betol. Kalau rumah ditinggalkan kosong selama tempoh tu rasanya hantu, jin, jembalang dan sebagainya dah datang menumpang dan beranak pinak dah dalam rumah.
Hari ni hari kedua permulaan tahun baru. Aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Diharap tahun 2014 ni kita semua akan dapat buat perubahan dan tingkatkan lagi prestasi amalan hidup kita sebagai seorang Muslim.
Solat cukupkan 5 waktu, jangan ponteng!
Buat kerja jangan suka ditangguh-tangguh, dan jangan malas. Tanggungjawab wajib ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Perbelanjaan untuk tahun 2014 pun kena kawal baik-baik memandangkan sekarang ni banyak benda dah naik harga.
Semoga tahun 2014 ni akan membawa kita kepada kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup kita. InshaAllah..
Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Tolong jangan buat spam kat sini. Terima kasih.
EmoticonEmoticon