Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

02 January 2014

Cabaran Tahun Baru 2014

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah lama rupanya aku tinggalkan blog Cetusan Suara ni terbiar tanpa sebarang update selama 1 tahun. Lama betol. Kalau rumah ditinggalkan kosong selama tempoh tu rasanya hantu, jin, jembalang dan sebagainya dah datang menumpang dan beranak pinak dah dalam rumah.

Hari ni hari kedua permulaan tahun baru. Aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Diharap tahun 2014 ni kita semua akan dapat buat perubahan dan tingkatkan lagi prestasi amalan hidup kita sebagai seorang Muslim.

Selamat Tahun Baru 2014

Solat cukupkan 5 waktu, jangan ponteng!

Buat kerja jangan suka ditangguh-tangguh, dan jangan malas. Tanggungjawab wajib ditunaikan dengan sebaik mungkin.

Perbelanjaan untuk tahun 2014 pun kena kawal baik-baik memandangkan sekarang ni banyak benda dah naik harga.

Semoga tahun 2014 ni akan membawa kita kepada kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup kita. InshaAllah..

30 July 2012

Kena Rompak di Mid Valley

Tadi gua pegi lepak kat Mid Valley. Masa nak balik lalu jalan nak ke KTM Mid Valley gua kena tahan dengan 3 orang chinese. Diorang block jalan gua. So, gua tak boleh nak teruskan perjalanan ke KTM.

Tiba2 sorang daripada chinese tu datang dekat ke arah gua dan keluarkan sekeping kertas. Dia pun suruh gua tulis nama kat atas kertas tu untuk tunjukkan support atas projek hapekenamadia gua pon dah tak ingat. Gua pun tulis jela. Gua bab support orang takde hal. Tapii.......

Rupanya kat ruangan akhir kertas tu ada bahagian untuk bayaran! Haram jadah. Gua dah terkena kata gua dalam hati. Diorang paksa2 gua beli produk yang diorang jual. Sebatang pen harga RM30 dan 2 teddy bear kecik berharga RM60. Mahal nak mampos!

Oleh sebab gua tak dapat lepaskan diri dari tahanan diorang, lesap RM30 dari wallet gua. Bangkai punya orang!

Sape2 yang lalu di jalan nak ke pintu masuk KTM Mid Valley, sila hati2. Kalau korang kena block dengan barua2 tu, tendang je cipap @ kote diorang. Kalau korang dah termasuk perangkap diorang memang susah nak lepas selagi korang tak hulur duit yang diorang nak tu.

Macam2 cara orang sekarang buat semata-mata nak pau duit orang. Gua dah terkena. Korang jangan jadi macam gua. Bebal sangat.

20 June 2012

Tidur atau Tengok Bola?

Gua sekarang tak boleh tidur. Mata ni rasa macam baru lepas pekena air tongkat ali panas2. Gua kalau dah minum tongkat ali malam2 memang berjaga terus sampai ke pagi. Masalahnya esok pagi nak kena bangun awal ada projek sikit. Tak tidur lagi kang mengantuk pulak time buat projek.

Lagi satu masalah gua tak minum tongkat ali pon tapi apesal mata ni tak boleh lelap? Sia#%&-*@(;:"

Rasa macam nak bukak tv tgk bola pun ada. Tapi nikmat tidur tu gua rasa lagi best dari tengok bola. Bola kalau tak tengok live dapat tengok siaran ulangan pun gua tak kisah. Gua tengok bola sekadar hobi bila ada waktu lapang je bukan taksub sampai sanggup tak tidur malam.

Mata! Tolonglah tidur. Gua teringin nak mimpi basah. LOL